Berita Harian

‘Kami kini lebih matang’

Peng Soon percaya di Rio kali ini tahap prestasi mereka sudah tidak jauh dengan beregu utama yang lain

- Oleh Helmi Talkah

Pemain beregu campuran, Chan Peng Soon percaya dia dan gandingann­ya, Goh Liu Ying kini lebih matang bagi menghadapi Olimpik Rio, bulan depan berbanding ketika penampilan pertama mereka pada Olimpik London, empat tahun lalu.

“London dan Rio memang sangat berbeza untuk kami. Ketika Olimpik London, ia adalah penampilan pertama kami dan keyakinan belum cukup tinggi.

“Walaupun sudah membuat persiapan terbaik ketika itu namun tahap prestasi kami dengan beregu utama masih jauh ketinggala­n. Namun, untuk Rio kali ini tahap prestasi kami sudah tidak jauh dengan beregu utama yang lain dan itu membuatkan kami lebih yakin.

“Kami juga sudah bersedia dari aspek mental untuk menghadapi lawan yang lebih bagus daripada kami,” kata Peng Soon ketika ditemui selepas pengumuman pelantikan­nya dan Liu Ying sebagai duta kepada minuman isotonik nombor satu Malaysia, 100Plus di sini, semalam.

Sangat berbeza

Selain Peng Soon-liu Ying, beregu lelaki, Goh V Shem-tan Wee Kiong yang turut akan beraksi di Rio dan bintang muda negara, Goh Jin Wei juga dilantik sebagai duta 100Plus.

Mengulas lanjut mengenai aksi di Rio, Peng Soon menegaskan biarpun prestasiny­a dengan Liu Ying kini dilihat konsisten dalam kejohanan terbuka namun ia tidak dijadikan ukuran terhadap peluang meraih pingat.

“Saya sendiri secara peribadi merasakan masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Olimpik dan kejohanan terbuka adalah sangat berbeza.

“Olimpik adalah cabaran sebenar buat kami namun kami sudah bersedia untuk memberikan tentangan kepada lawan kami,” kata Peng Soon yang menyaksika­n dia dan Liu Ying tersingkir di pusingan awal Olimpik London.

Skuad negara akan berangkat ke Rio de Janeiro, Brazil, awal pagi 29 Julai ini dengan mereka mempunyai lebih kurang 10 hari bagi menyesuaik­an diri dengan keadaan cuaca dan gelanggang sebelum acara badminton membuka tirai saingannya di Riocentro - Pavilion 4 Barra Olympic Park pada 11 Ogos.

 ?? [FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] ?? Dari kiri Peng Soon, Liu Ying, Wee Kiong dan V Shem bersama BAM, semalam. pada majlis pelantikan duta 100Plus
[FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] Dari kiri Peng Soon, Liu Ying, Wee Kiong dan V Shem bersama BAM, semalam. pada majlis pelantikan duta 100Plus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia