Berita Harian

MOM yakin bawa pulang satu emas, perak, gangsa

-

Kuala Lumpur: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yakin kontinjen negara ke Sukan Olimpik mampu meraih masing-masing satu pingat emas, perak dan gangsa di Rio de Janeiro, Brazil, bulan depan.

Penolong Setiausaha Agung MOM, Datuk Sieh Kok Chi berkata prospek ketiga-tiga pingat itu boleh disumbangk­an melalui tiga jenis sukan iaitu badminton, berbasikal dan terjun.

“Saya jangka sama ada badminton (Datuk Lee Chong Wei), basikal trek (Mohd Azizulhasn­i Awang) dan terjun (Pandelela Rinong) ... mereka ada peluang dapat pingat, sama ada emas, perak atau gangsa,” katanya kepada pemberita selepas majlis tajaan butik pakaian Kinslager kepada 20 penyampai saluran sukan televisyen berbayar, Astro Arena semalam.

Mengenai emas pertama negara, Sieh berkata, sandaran masih diletakkan pada Chong Wei kerana beliau kini berada dalam prestasi terbaik selain berjaya menampilka­n aksi konsisten dalam setiap kejohanan yang disertainy­a sebelum ini.

Tahu risiko

“Beliau ada pengalaman, sudah dua kali kalah, jadi saya rasa beliau tahu, kalau final kali ini jumpa Lin Dan ( jaguh China) yang sudah dua kali menang, sudah tentu kali ini semangat beliau amat tinggi, peluang terakhir baginya ... sama dengan Azizul.

“Dari segi umur yang sudah masuk 30 masih boleh, mereka sendiri tahu apa risiko dan cabarannya ... banyak pengalaman dan saya fikir mereka tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya.

Sieh berkata majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara oleh Yang di-pertuan Agong dijangka diadakan pada 28 Julai di Istana Negara manakala pada 27 Julai akan diadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Untuk rekod, sejumlah 32 atlet negara layak ke Sukan Olimpik di Rio de Janiero yang akan berlangsun­g pada 5 hingga 21 Ogos depan.

Saya jangka sama ada badminton (Datuk Lee Chong Wei), basikal trek (Mohd Azizulhasn­i Awang) dan terjun (Pandelela Rinong) ... mereka ada peluang dapat pingat, sama ada emas, perak atau gangsa” Sieh Kok Chi Penolong Setiausaha Agung MOM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia