Berita Harian

Semangat ‘awal pagi’, lonjak skuad Wilayah Persekutua­n

-

Beraksi seawal jam tujuh pagi seakan beri kesan kepada skuad hoki Wilayah Persekutua­n.

Ia terbukti dalam dua perlawanan awal yang diharungi pasukan itu pada saingan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak kali ini.

Pada aksi kedua Kumpulan B di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paku semalam, Negeri Sembilan terlebih dulu mendahului permainan dengan dua kelebihan dua gol sebelum Wilayah Persekutua­n sekali lagi bangkit untuk memastikan kemenangan 3-2.

Jurulatih Wilayah Persekutua­n, K Rajan berkata pasukannya tidak ada pilihan lain kecuali menang ke atas Pahang pada aksi ketiga hari ini yang bakal dilangsung­kan pada jam 10 pagi.

“Dalam dua perlawanan (menentang Terengganu dan Negeri Sembilan), kami hanya meraih kemenangan selepas ketinggala­n. Beraksi dalam persekitar­an sejuk mungkin membuatkan pemain masih mengantuk sehingga menjadikan mereka ‘lambat panas’.

Tiga mata penting

“Apa pun pemain tidak boleh ulangi situasi ini pada aksi seterusnya kerana tiga mata selepas ini akan meletakkan pasukan selesa untuk melangkah ke pusingan kalah mati,” katanya di sini, semalam.

Pada perlawanan semalam, Negeri Sembilan mendahului 2-0 hasil jaringan Mohd Ismadi Alis pada minit ke-11 dan M Saravanan (m-32) namun Wilayah Persekutua­n bangkit meraih tiga gol menerusi Wan Haziq Hisyamuddi­n (m-40), Rafizul Ezry Mustafa (m-49) dan Muhamad Amirol Aideed Mohd Arshad (m-55).

Pada aksi pembukaan menentang Terengganu kelmarin, anak buah Rajan juga terlebih dulu ketinggala­n 3-1 sebelum bangkit mengatasi wakil Pantai Timur itu 4-3.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia