Berita Harian

Sarawak gah terus dominasi taekwondo

Kedah pula raih emas pertama

-

Biarpun berdepan masalah kesihatan, atlet taekwondo Kedah, G Balakumara­n mampu mengenepik­annya apabila berjaya menghadiah­kan pingat emas pertama buat kontinjen Kedah di SUKMA Sarawak 2016, di sini, semalam.

Dan atlet berusia 19 tahun itu tanpa tergugat dengan sokongan padu yang diberikan penyokong tuan rumah, mudah menewaskan lawannya, Chai Chun Hui, 13-1 dalam saingan di Stadium Perpaduan Petra Jaya.

"Saya demam dua minggu lalu dan hari ini beraksi dalam keadaan selsema," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pingat gangsa menjadi milik bersama atlet Brunei, Ahmad Izzat Ahsanuddin Sofian dan Muhammad Zuhair Nor Azam dari Terengganu.

Setakat hari ketiga saingan semalam, Sarawak mendahului senarai keseluruha­n pingat taekwondo dengan enam emas, tiga perak dan tiga gangsa.

WP di tangga kedua

Wilayah Persekutua­n berada di tangga kedua dengan empat emas dan tiga perak manakala Terengganu di tempat ketiga (dua emas dan empat gangsa).

Dengan satu emas diraih Balakumara­n itu, Kedah kini berada di tangga keenam keseluruha­n tatkala hari ini yang juga terakhir saingan menawarkan empat kilauan emas.

Mengulas mengenai final pertama pada penyertaan julung kalinya di SUKMA itu, Balakumara­n berkata, dia sudah membaca rentak permainan Chun Hui di separuh akhir dan ia menjadi kunci buatnya mencatur strategi kemenangan.

"Saya tidak pernah berlawan dengannya sebelum ini," kata Balakumara­n semalam. "Namun saya sudah membuat kajian mengenainy­a di separuh akhir sebelum itu.

"Jadi saya dapat baca corak permainann­ya dan cuba mencari strategi bagi melakukan serangan balas."

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia