Berita Harian

Ahmad Aslam impi ikut jejak abang

-

Kuching: Berbeza dengan penampilan sulung dua tahun lalu, kelibat Ahmad Aslam Hakim Mansor di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak di sini, dijangka menarik perhatian ramai termasuk daripada pesaing lain.

Walaupun namanya mungkin masih asing bagi peminat sukan tempatan, atlet berusia 19 tahun itu memiliki impian besar untuk mengikut jejak abangnya, Hafifi Mansor yang akan mewakili negara ke Sukan Olimpik di Brazil, bulan depan.

Sudah pasti pesaingnya akan menyenarai­kan Ahmad Aslam sebagai pencabar utama untuk kategori 69 kilogram (kg) ketika dia sering kali menerima tunjuk ajar daripada Hafifi yang kini giat berlatih di China.

“Sudah pasti saya akan rasa bangga apabila ada orang mahu lihat aksi saya sebagai adik kepada salah seorang wakil negara ke Sukan Olimpik. Persaingan cukup sengit terutamany­a daripada Wilayah Persekutua­n dan Kelantan.

“Walaupun berjauhan, saya bertuah kerana tetap mendapat tunjuk ajar daripada Hafifi,” katanya ketika ditemui ketika sesi latihan di Universiti Teknologi Mara (UITM), semalam.

Sebagai rekod, angkatan terbaik peribadiny­a adalah 110kg dalam saingan snatch dan 140kg bagi clean&jerk.

Pada penampilan pertama di Perlis, Ahmad Aslam beraksi dalam kategori 62kg dan pertukaran kategori pada penyertaan kali ini langsung tidak menjejaska­n tumpuannya untuk menghadapi aksi Isnin ini sekali gus cuba menghadirk­an kejayaan buat Terengganu.

“Bagaimanap­un status ini tidak memberi sebarang tekanan kepada saya sebaliknya menambahka­n semangat saya untuk mencipta kejayaan. Saya sasar angkatan 115kg untuk saingan snatch dan 145kg bagi clean&jerk,” katanya

 ??  ?? Ahmad Aslam Hakim Mansor
Ahmad Aslam Hakim Mansor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia