Berita Harian

Bezza tingkat penguasaan PERODUA

Lebih 4,000 tempahan model baharu diterima dalam lima hari

- Oleh Fiesal Othman

Kuala Lumpur

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menjangkak­an penguasaan pasarannya meningkat kepada 32.7 peratus berbanding 35.5 ketika ini susulan pelancaran model baharu, Bezza dan penurunan unjuran jumlah jualan industri (TIV) tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata pihaknya optimis Bezza bakal mendapat sambutan menggalakk­an berdasarka­n maklum balas yang diterima setakat ini.

Katanya, meskipun Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menyemak semula unjuran TIV tahun ini daripada 660,000 unit kepada 580,000 ekoran kelembapan jualan pada separuh pertama tahun ini, PERODUA tidak bercadang menyemak semula sasaran jualan 216,000 unit kenderaann­ya tahun ini.

“Walaupun unjuran TIV tahun ini dikurangka­n, jika kami dapat capai sasaran jualan ditetapkan, ia akan meningkatk­an penguasaan pasaran kami,” katanya pada sidang media sempena pelancaran PERODUA Bezza di Petaling Jaya, Selangor, semalam.

Model ke-11 PERODUA

PERODUA Bezza dilancarka­n oleh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, malam tadi. Yang hadir sama, Pengerusi PERODUA, Tan Sri Asmat Kamaludin dan Presiden Daihatsu Motor Co Ltd, Masanori Mitsui.

Bezza, model ke11 keluaran PERODUA yang juga sedan cekap tenaga (EEV) pertama itu mendapat sambutan menggalakk­an apabila sejumlah 4,028 tempahan diterima setakat semalam sejak lima hari tempahanny­a dibuka.

Daripada 4,028 tempahan diterima, 50 peratus adalah adalah untuk varian 1.3L Advance, 35 peratus untuk 1.3L Premium X, manakala baki 15 peratus adalah 1.0L transmisi automatik/manual.

Sementara itu, Mustapa dalam ucapannya berkata, pelancaran PERODUA Bezza akan memanfaatk­an rakyat Malaysia dalam dua aspek utama, iaitu pelanggan kini mempunyai lebih banyak pilihan dari segi kualiti premium, kereta mampu milik dalam pasaran.

Yang kedua, katanya, PERODUA perlu meningkatk­an kapasiti pengeluara­nnya untuk memenuhi jangkaan permintaan bagi model itu.

“Ketika ini, saiz keseluruha­n ekosistem PERODUA dijangka 50,000 orang, termasuk antara lainnya jurutera, pengendali, vendor dan pengedar.

Jumlah kakitangn meningkat

“Saya difahamkan jumlah kakitangan PERODUA di kilang baharu di Rawang, Selangor kini meningkat sekali ganda kepada lebih 2,000 pekerja untuk meningkatk­an kapasiti pengeluara­n syarikat,” katanya.

Dalam pada itu, Aminar Rashid berkata, Bezza boleh didapati di semua 181 premis jualan PERODUA di seluruh negara dan pihaknya akan memastikan penyerahan model itu dapat menepati masa.

“Setakat ini kami memiliki 7,000 unit stok sedia ada dan penyerahan akan bermula esok (hari ini),” katanya.

 ??  ?? Mustapa (empat dari kiri) bersama Asmat (tiga dari kanan), Aminar Rashid (dua dari kiri) dan Mitsui (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran PERODUA Bezza di Kuala Lumpur, malam tadi.
Mustapa (empat dari kiri) bersama Asmat (tiga dari kanan), Aminar Rashid (dua dari kiri) dan Mitsui (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran PERODUA Bezza di Kuala Lumpur, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia