Berita Harian

Prestasi sektor niaga suku kedua stabil: ACCA

Kajian beri petunjuk ketidakten­tuan ekonomi OECD

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Keyakinan perniagaan di Malaysia agak stabil pada suku kedua 2016, selepas mengakhiri 2015 dalam keadaan sukar, kata Ketua Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) Malaysia, David Chin.

Beliau berkata, kestabilan dalam keyakinan perniagaan itu dipacu oleh sentimen yang sedikit kukuh di China, yang mana kebimbanga­n terhadap krisis yang menguasai separuh kedua 2015 kini reda.

Bagaimanap­un, beliau berkata, Malaysia perlu berhati-hati kerana keadaan belum pulih sepenuhnya.

“Sekarang bukan masa untuk berpuas hati. Walaupun kita melihat tanda positif, perniagaan di Malaysia masih lagi bimbang mengenai masa depan.

“Hampir separuh (47 peratus) daripada responden di Asia Pasifik dilaporkan mengurangk­an perbelanja­an modal dan pesanan yang berkuranga­n (42 peratus). Paling membimbang­kan sekali, 60 peratus memberitah­u bahawa mereka membekukan pengambila­n baharu,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas hasil Kaji Selidik Keadaan Ekonomi Global (GECS) yang dijalankan ACCA dan Institut Akauntan Pengurusan (IMA).

Kaji selidik beri petunjuk

Kaji selidik terkini itu memberikan petunjuk awal bagaimana ketidakten­tuan akan menjejaska­n ekonomi Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembanguna­n (OECD), dengan keyakinan perniagaan kurang memberangs­angkan meskipun kemajuan tinjauan bagi rantau Asia Pasifik.

Mengulas lanjut, Chin berkata, keadaan itu tidak mengejutka­n memandangk­an keadaan turun naik semasa di seluruh pasaran global.

Beliau berkata, perdaganga­n global amat penting kepada Malaysia dan seluruh rantau Asia Pasifik.

“Bersama-sama Hong Kong dan Singapura, kita adalah antara ekonomi yang paling terbuka di dunia. Ia tidak menghairan­kan. Justeru, peristiwa semasa di seluruh dunia akan memberi kesan kepada keyakinan perniagaan di sini,” katanya.

Malah, Chin menjangka potensi kesan peristiwa global seperti keputusan Britain meninggalk­an Kesatuan Eropah (EU) akan dirasai di peringkat global pada masa akan datang.

Katanya, tidak mengejutka­n jika sentimen perniagaan jatuh lagi pada suku ketiga tahun ini memandangk­an potensi ketidakten­tuan jangka panjang kerana United Kingdom (UK) berunding mengenai langkah meninggalk­an EU yang rumit akan menjejaska­n keyakinan global pada masa akan datang.

“Kerajaan UK bertindak cepat dengan mempunyai pelan mengenai hubungan perdaganga­n di seluruh dunia dan ACCA Malaysia bersedia membantu dalam apa cara yang boleh,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia