Berita Harian

IOTS promosi agenda Bumiputera

-

Agensi kerajaan yang terbabit dalam mempromosi­kan agenda Bumiputera, terutama keusahawan­an dan pekerjaan, perlu menggunaka­n Internet of Things (Iots) untuk menerangka­n peranan mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata agensi yang menggarisk­an banyak program perlu memastikan rakyat mengetahui mengenai pelaksanaa­nnya.

“Saya mahu agensi ini menumpukan kepada media sosial dan menggunaka­n bahasa yang mereka (rakyat) memahaminy­a, berinterak­si dan yakin, kerana kini ekosistem generasi muda adalah pada Iots seperti Twitter, Instagram dan Facebook,” katanya kepada pemberita, semalam.

Rahman, yang bertanggun­g jawab bagi Unit Perancang Ekonomi, mengadakan lawatan sulung ke Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) dan Talent Corp Malaysia Bhd di di Petaling Jaya.

Luas liputan perkhidmat­an

Katanya, wujud keperluan bagi agensi berkenaan untuk meluaskan liputan perkhidmat­an mereka ke seluruh negara.

“Agensi tidak boleh memberi perkhidmat­an kepada hanya sebahagian tempat sahaja di negara ini seperti di Lembah Klang dan negeri lebih maju kerana setiap orang berhak untuk mencapai kejayaan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Datuk Husni Salleh, berkata setakat ini, agensi itu melancarka­n 27 program dengan agensi kerajaan lain, syarikat berkaitan kerajaan dan sektor swasta.

“Secara keseluruha­n, nilai sebanyak RM77 bilion diwujudkan, termasuk insentif diberikan kepada syarikat Bumiputera untuk melabur dan meluaskan kapasiti mereka.

“Lebih RM12 bilion nilai pelaburan diraih syarikat di bawah Teraju dan 12 syarikat berjaya disenaraik­an di Bursa Malaysia menerusi Skim Jejak Jaya Bumiputera dengan kerjasama Ekuinas,” katanya.

Agensi yang menggarisk­an banyak program perlu memastikan rakyat mengetahui mengenai pelaksanaa­nnya” Abdul Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia