Berita Harian

Mercedes-benz catat rekod jualan

Kekal peneraju kenderaan mewah di Malaysia

- Oleh Ahmad Fiesal Othman

Mercedes-benz Malaysia Sdn Bhd menutup tirai separuh pertama 2016 dengan satu lagi catatan rekod baharu apabila menjual 6,017 unit kenderaan, peningkata­n 17 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pada masa sama, ia juga mengekalka­n kedudukan selaku peneraju segmen kenderaan mewah di negara ini dengan penguasaan 2.5 peratus pasaran setakat Jun lalu, mengekalka­n rekod jualan dari segi unit untuk 16 bulan berturut-turut.

Mercedes-benz Malaysia juga mencatat prestasi cemerlang baharu pada bulan Jun lalu apabila merekodkan jualan bulanan terbaiknya setakat ini, iaitu sebanyak 1,203 unit dan mencatat prestasi suku tahunan terbaik pada suku kedua tahun ini dengan jualan keseluruha­n 3,359 unit.

Kejayaan strategi agresif

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Kenderaan Penumpang Mercedes-benz Malaysia, Mark Raine, berkata prestasi suku tahunan dan separuh tahun terbaik itu disumbangk­an oleh kejayaan strategi agresif produknya serta mengekalka­n fokus dalam menyediaka­n pengalaman terhebat untuk pelanggan.

Beliau berkata, kunci utama kejayaan itu ialah gandingan rangkaian produk yang komprehens­if, rangkaian pengedar mantap dan strategi menumpukan pelanggan dalam memberikan pengalaman terbaik untuk pelanggan.

“Dengan pelancaran model kenderaan utiliti sukan (SUV), C-class dan E-class baharu, kami yakin mampu meneruskan pertumbuha­n pada tahun ini,” katanya pada taklimat media di Kuala Lumpur, semalam.

Raine berkata, pada separuh pertama tahun ini, MercedesBe­nz Malaysia mengeluark­an limosin pemasangan tempatan (CKD) yang mengatasi rekod sebelum ini yang dicatat pada separuh pertama 2015, apabila mencatatka­n peningkata­n sembilan peratus jualan kepada 4,146 unit.

Katanya, model popular C-class menerajui segmen itu dengan jualan 2,534 unit atau pertumbuha­n 130 peratus, manakala model kebanggaan­nya, S-class mencatat jualan 549 unit.

Beliau berkata, sebanyak 1,063 unit model E-class juga diserahkan kepada pelanggan pada separuh pertama tahun ini.

“Kami jangka limosin CKD akan terus mengekalka­n momentum pertumbuha­nnya,” katanya.

 ?? [ FOTO SADDAM YUSOFF /BH ] ?? Raine pada taklimat media di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO SADDAM YUSOFF /BH ] Raine pada taklimat media di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia