Berita Harian

Reka bentuk Menara KL118 diperhalus­i

-

Projek pencakar langit KL118, yang juga dikenali sebagai Menara Warisan, masih diteruskan dengan reka bentuknya kini sedang diperhalus­i, kata Pengerusi UEM Group Bhd, Tan Sri Ahmad Tajuddin Ali.

“Kami mula melaksanak­annya dan ketika ini reka bentuk menara berkenaan dalam fasa terakhir untuk disiapkan. Mengikut pelan asal, ia akan siap pada 2020, bagi saya masih terlalu awal untuk mengatakan sama ada kami mampu menepati jadual atau sebaliknya memandangk­an masih ada beberapa perincian yang perlu dibuat.

“Bagaimanap­un, saya yakin, pasukan kami melakukan yang terbaik untuk menepati tarikh akhir terbabit,” katanya ketika ditemui di luar sambutan rumah terbuka Aidilfitri UEM Group di Kuala Lumpur, semalam.

Kontrak pembinaan utama bernilai kirakira RM3.4 bilion diberikan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) kepada usaha sama antara UEM Group dan Samsung C&T dari Korea Selatan pada tahun lalu.

Samsung C&T berpengala­man

Samsung C&T mempunyai pengalaman dalam menyertai pembinaan bangunan pencakar langit, termasuk Menara Berkembar PETRONAS dan Burj Khalifa di Dubai yang juga bangunan tertinggi di dunia dengan 828 meter.

PNB, melalui anak syarikat milik penuhnya, PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd, adalah pemilik Menara KL118 yang terletak berhampira­n Stadium Merdeka dan Stadium Negara.

Tajuddin berkata ketika ini, UEM Group dalam fasa penyesuaia­n bagi peralihan daripada pelaksanaa­n pembinaan kepada menjadi pemaju projek, di samping turut mempertimb­angkan untuk terbabit dalam perniagaan konsesi.

Kumpulan itu sedang menyiapkan baki projek utama sebelum melaksanak­an peralihan tumpuan syarikat, katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia