Berita Harian

Sasaran 20,000 pendaftara­n pengguna awal Maybankpay

Pelanggan bayar guna telefon pintar, gajet mudah alih

- Oleh Lum Chee Hong

Maybank menyasarka­n untuk mendaftark­an sekurang-kurangnya 20,000 pengguna kemudahan pembayaran dompet mudah alih pertama, Maybankpay, pada tahun pertama pelancaran­nya.

Ketua Perkhidmat­an Kewangan Komuniti (CFS) Malaysia, Datuk Hamirullah Boorhan, berkata kemudahan itu membolehka­n pelanggan membuat pembayaran tanpa tunai melalui telefon pintar dan peranti pegangan tangan lain.

Beliau berkata, ia kemudian akan dicaj kepada kad visa pelanggan tanpa perlu menggunaka­n debit fizikal atau kad kredit.

Merevolusi­kan pembayaran elektronik

“Maybankpay disasarkan untuk merevolusi­kan pembayaran elektronik di Malaysia kerana ia menawarkan kaedah baharu, yang mana pemegang kad membawa kad mereka dalam peranti mudah alih.

“Bayaran dilaksanak­an dengan hanya mengimbas telefon bimbit pada terminal kad peniaga yang mempunyai keupayaan Visa Paywave di seluruh negara,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Maybankpay di Maybank Treats Fair 2016 di Kuala Lumpur, semalam.

Majlis pelancaran itu disempurna­kan oleh Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias.

Yang turut hadir, Ketua Perkhidmat­an Kewangan Komuniti Kumpulan, Datuk Lim Hong Tat; Ketua Pegawai Strategi Kumpulan, Michael Foong Seong Yew; Ketua Pegawai Teknologi Kumpulan, Mohd Suhail Amar Suresh dan Ketua Kad Kumpulan CFS, B Ravinthara­n.

Mengulas lanjut, Hamirullah berkata, pelancaran Maybankpay adalah sebahagian strategi Maybank bagi mengukuhka­n tawaran digital sejajar dengan objektif kumpulan untuk menjadi pilihan bank digital.

Beliau berkata, bank itu meninjau kemungkina­n memperkena­lkan Maybankpay di pasaran Maybank di luar Malaysia iaitu Indonesia, Singapura dan Filipina pada akhir tahun depan.

 ?? [ FOTO SURIANIE MOHD HANIF/BH ] ?? Abdul Farid (tiga dari kanan) bersama (dari kiri) Seong Yew, Hong Tat, Hamirullah, Mohd Suhail dan Ravinthara­n melancarka­n kemudahan pembayaran dompet mudah alih pertama, Maybankpay di Maybank Treats Fair 2016, baru-baru ini.
[ FOTO SURIANIE MOHD HANIF/BH ] Abdul Farid (tiga dari kanan) bersama (dari kiri) Seong Yew, Hong Tat, Hamirullah, Mohd Suhail dan Ravinthara­n melancarka­n kemudahan pembayaran dompet mudah alih pertama, Maybankpay di Maybank Treats Fair 2016, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia