Berita Harian

Tanjung Offshore cari rakan kongsi baharu di Eropah

Syarikat giat realisasik­an segmen fabrikasi berkejitua­n tinggi awal tahun

- Oleh Suffian A Bakar

Tanjung Offshore Bhd berada pada kedudukan kukuh untuk merealisas­ikan penubuhan segmen perniagaan baharu, fabrikasi berkejitua­n tinggi, seawal hujung tahun ini.

Ia berdasarka­n kepada kontrak semasa bernilai RM400 juta dan RM70 juta tunai yang dimiliki kumpulan itu, selain nisbah hutang sifar.

Pengerusin­ya, Datuk Dr Nik Norzrul Thani, berkata pihaknya kini giat mengadakan rundingan dengan beberapa pihak dari Eropah, termasuk dari United Kingdom, bagi tujuan itu.

“Kami belum dapat mendedahka­n nama pihak terbabit, begitu juga pengkhusus­an segmen kejurutera­an berkejitua­n tinggi yang akan diceburi.

“Namun, kami melihat kepada segmen yang membo- lehkan syarikat melatih semula jurutera untuk melakukan kerja tertentu merentas pelbagai industri, termasuk aeroangkas­a.

“Kami jangka rundingan itu akan membuahkan hasil seawal hujung tahun ini atau tahun depan,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian ibu pejabat baharu Tanjung Offshore di KL Trillion Corporate Tower di Kuala Lumpur, semalam.

Pelancaran disempurna­kan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Sri Mustapa Mohamed. Yang hadir sama Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Tanjung Offshore, Tan Sri Tan Kean Soon.

Mengurangk­an pergantung­an pendapatan

Nik Norzrul berkata, langkah menceburi segmen kejurutera­an berkejitua­n tinggi itu adalah sebahagian rancangan kumpu- lan mempelbaga­ikan aktiviti perniagaan­nya, sekali gus mengurangk­an pergantung­an pendapatan daripada perniagaan teras dalam aktiviti minyak dan gas.

Seperti peserta minyak dan gas lain, kejatuhan harga minyak mentah dunia menjurus kepada kelembapan sektor itu ketika ini, sekali gus turut memberi kesan kepada margin keuntungan Tanjung Offshore.

Nik Norzrul berkata, kumpulan tidak boleh bergantung kepada perniagaan sedia ada dan ia perlu dipelbagai­kan.

“Kami menyasarka­n nisbah sumbangan pendapatan daripada sektor minyak dan gas berbanding sektor lain akan dapat dikurangka­n kepada 70:30 dalam tempoh lima tahun dan kepada 50:50 10 tahun akan datang.

“Proses mempelbaga­ikan aktiviti dan sumber pendapatan syarikat mula digerakkan tahun ini,” katanya.

 ?? [ FOTO YAZIT RAZALI/BH ] ?? Mustapa menandatan­gani plak majlis perasmian Tanjung Offshore Bhd sambil disaksikan Mahdzir (empat dari kanan), Nik Norzrul, (kanan) dan Kean Soon (tiga dari kanan).
[ FOTO YAZIT RAZALI/BH ] Mustapa menandatan­gani plak majlis perasmian Tanjung Offshore Bhd sambil disaksikan Mahdzir (empat dari kanan), Nik Norzrul, (kanan) dan Kean Soon (tiga dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia