Berita Harian

7-Eleven buka kedai ke-2,000

Cawangan di The Scott Garden lepasi sasaran 600 premis

- Oleh Nora Mahpar

7 -Eleven Malaysia Sdn Bhd melakar sejarah tersendiri apabila membuka outlet ke-2,000 di The Scott Garden, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Pembukaan outlet itu adalah catatan rekod bagi pengendali kedai serbaneka 24 jam terkemuka itu kerana melepasi sasaran awal sebanyak 600 outlet dalam tempoh tiga tahun, bermula 2014.

Rancang tambah premis

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Gary Brown, berkata ketika penyenarai­an di Bursa Malaysia pada 2014, pihaknya merancang menambah bilangan kedai sebanyak 600 outlet dalam tempoh tiga tahun antara 2014 hingga 2016.

“Bagaimanap­un, kami gembira kerana mencapai kejayaan lebih membanggak­an apabila membuka 2,000 outlet dan kami tidak akan berhenti di sini, malah terus melangkah mengembang­kan perniagaan kami.

“Kami juga gembira dapat mempamerka­n inovasi produk dan perkhidmat­an terbaru kami yang membezakan kami dengan kedai lain di Malaysia, dengan penekanan terbaik dalam menyediaka­n makanan dan minuman segar,” katanya pada majlis pelancaran outlet terbaru itu, baru-baru ini.

Yang hadir sama, Pengasas Berjaya Group, Tan Sri Sri Vincent Tan; Pengarah Eksekutif 7-Eleven Malaysia, Tan U-ming dan Pengerusi 7-Eleven Malaysia, Lena Tan.

Lebih 2,000 jenis produk dijual

Sejak bertapak di Malaysia lebih 30 tahun lalu, kini terdapat lebih 2,000 jenis produk dijual di kedai serbaneka berkenaan, termasuk minuman kegemaran ramai Slurpee.

Yang turut dijual ialah minuman pilihan lain seperti teh tarik, kopi, milo dan coklat panas yang dijual kira-kira RM2 secawan untuk rangkaian Fresh to Go.

Brown berkata, 7-Eleven juga menawarkan pelbagai produk dan perkhidmat­an dalam suasana yang lebih santai serta selesa.

“Kami sentiasa menambah baik bukan sahaja daripada sudut produk, malah menyediaka­n perkhidmat­an tambah nilai kad Touch ‘n Go, bayaran bil, pembayaran atas talian melalui Molpay, pengaktifa­n kad ganjaran mata jualan (POSA) dan mesin simpanan penghantar­an barang, BOXIT,” katanya.

 ?? [ FOTO ZAEN ASYRAF /BH ] ?? Tan (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran kedai terbaru 7-Eleven, baru-baru ini.
[ FOTO ZAEN ASYRAF /BH ] Tan (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran kedai terbaru 7-Eleven, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia