Berita Harian

150 sertai bengkel ABC XVII

-

Seramai 150 peserta dijangka menyertai Bengkel Biro Audit Pengedaran (ABC) XVII di Phuket, Thailand pada 1 hingga 4 September ini.

Ahli Lembaga Pengarahny­a, Prashun Dutt, berkata bengkel itu bertujuan mendedahka­n peserta mengenai cabaran semasa yang dihadapi bidang pemasaran dan organisasi media, termasuk gangguan dalam mempromosi­kan produk mereka.

“Gangguan itu termasuk mengguna dan memanipula­si peluang serta teknologi, mencipta perubahan kepada kehendak pengguna dan mengganggu zon selesa yang dicipta pasaran tempatan dan pendahulu sesebuah jenama atau perkhidmat­an oleh pesaing tidak popular.

“Sebagai contoh, Uber sebagai teksi sapu yang mengganggu kemudahan pengangkut­an awam, selain mengetepik­an kepentinga­n pemandu teksi berdaftar tanpa memiliki teksi terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumka­n tema dan isu yang akan dibangkitk­an pada bengkel berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.

Permasalah­an, kesan teknologi semasa

Dutt berkata, bengkel bertemakan ‘Mengganggu atau Terganggu’ itu diharap mampu membincang­kan permasalah­an dan kesan teknologi semasa kepada industri komunikasi, pengiklana­n dan pemasaran dengan lebih jelas.

“Ia supaya semua pihak sedar akan kesan yang timbul daripada gangguan yang dicipta secara sah atau tidak sah itu,” katanya. Bengkel selama empat hari itu menampilka­n 11 panel terdiri daripada pelbagai latar belakang dan industri.

Dalam kenyataan berasingan, ABC mengumumka­n pelantikan Yap Chee Weng sebagai pengerusi baharunya, berkuat kuasa 28 Jun lalu, menggantik­an Fan Chen Yip.

Memiliki pengalaman selama 26 tahun dalam industri media, Chee Weng juga adalah Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Pakar Media (MSA).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia