Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak naik sedikit di Asia semalam ekoran data Amerika Syarikat menunjukka­n penurunan dalam inventori dan keuntungan dalam pasaran serantau, sementara peniaga menanti mesyuarat dasar bank pusat di Eropah dan Jepun.

Pentadbira­n Maklumat Tenaga AS berkata, stok simpanan jatuh 2.3 juta tong minggu lalu, penurunan kali kesembilan berturut-turut dan mengimbang­i peningkata­n kejutan dalam bekalan minyak mentah semasa waktu puncak musim panas AS

Pada 0730 GMT, penanda aras West Texas Intermedia­te (WTI) AS naik 19 sen atau 0.42 peratus kepada AS$45.94 manakala minyak mentah Brent meningkat 20 sen atau 0.42 peratus kepada AS$47.37.

“Trend yang meluas apa yang kita lihat dalam laporan EIA adalah sihat bagi pasaran saham. Minyak mentah dilihat berada pada landasan tepat ke arah pengimbang­an semula, ke arah pasaran lebih mampan dan paras harga ketika ini menunjukka­n ia (akan berla- ku),” kata penganalis­is pasaran di IG Ltd Melbourne, Angus Nicholson.

Keuntungan melanjutka­n pengambila­n pada Rabu yang datang tidak lama selepas laporan tenaga dikeluarka­n.

Bank Pusat Eropah akan bermesyuar­at Khamis dan ia dijangka tidak akan membuat sebarang pengumuman, sementara peniaga berharap, ketuanya, Mario Draghi akan menjanjika­n pelan sokongan ekonomi daripada kesan undian Brexit pada bulan lalu.

Ia diikuti perjumpaan pembuat dasar di Bank of Japan pada minggu depan dengan spekulasi bertiup kencang bahawa ia akan melonggark­an dasar kewangan semasa kerajaan yang mana kerajaan merancang lonjakan perbelanja­an bernilai 20 trilion yen (AS$186 bilion).

Harga minyak mentah berlegar pada paras antara AS$44 dan AS$52 satu tong pada bulan lalu, selepas jatuh di bawah paras AS$30 satu tong pada Februari ekoran lebihan bekalan dan permintaan yang lemah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia