Berita Harian

Bursa Malaysia jatuh mendadak

Kekurangan petunjuk tempatan, jualan dana asing jejas sentimen

-

Bursa Malaysia jatuh mendadak ketika ditutup semalam berikutan kekurangan petunjuk tempatan yang menggalakk­an dengan jualan dilihat daripada dana asing.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 12.07 mata atau 0.72 peratus untuk ditutup pada 1,657.54. Indeks penanda aras yang dibuka 8.25 mata lebih rendah kepada 1,661.36, bergerak di antara 1,657.54 dan 1,663.99 sepanjang hari.

Peniaga berkata, dagangan berhati-hati dengan kerugian dalam saham wajaran tinggi diterajui Genting, Maybank dan IHH Healthcare.

Bursa serantau pula ditutup bercampur-campur. Indeks Komposit Shanghai naik 0.37 peratus kepada 3,039.19 dan Hang Seng Hong Kong naik 0.54 peratus kepada 22,000.49.

Kospi Korea Selatan susut 0.16 peratus kepada 2,012.22 dan Straits Times Singapura turun 0.18 peratus kepada 2,940.48.

Suasana pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 649 berbanding 202 dengan 301 kaunter tidak berubah, 549 tidak diniaga dan 17 lagi digantung. Volum jatuh kepada 1.81 bilion unit bernilai RM1.70 bilion berbanding 1.93 bilion unit bernilai RM1.64 bilion pada Rabu.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Genting jatuh 35 sen kepada RM8.68, Maybank susut 10 sen kepada RM8.02, IHH Healthcare merosot 12 sen kepada RM6.48 dan Axiata serta Maxis turun enam sen setiap satu masing-masing kepada RM5.69 dan RM6.06.

PPB Group meneruskan kejatuhan selepas ia mengingatk­an pelabur mengenai potensi kerugian daripada syarikat sekutunya Wilmar Internatio­nal.

Ia jatuh 14 sen kepada RM16.12 dengan 1.39 juta saham diniagakan. Di kalangan saham aktif, Sanichi rugi tiga sen kepada 14.5 sen, Borneo Oil merosot setengah sen kepada 18.5 sen dan XOX turun satu sen kepada 15.5 sen.

Dancomech naik lima sen kepada 80 sen ketika diniagakan buat pertama kali di Pasaran Utama dengan 38.28 juta saham bertukar tangan.

Indeks Emas FBM berkurang 80.88 mata kepada 11,597.55, Indeks FBMT 100 jatuh 78.23 mata kepada 11,295.64 dan Indeks Syariah Emas FBM merosot 70.98 mata kepada 12,190.29. FBM 70 susut 76.45 mata kepada 13,157.35 dan FBM Ace turun 160.42 mata kepada 5,400.53.

Indeks Kewangan meningkat 122.81 mata kepada 14,149.76.

Indeks Perladanga­n jatuh 17.97 mata kepada 7,583.10 dan Indeks Perusahaan turun 9.54 mata kepada 3,144.05.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 1.23 bilion saham bernilai RM1.60 bilion berbanding 1.27 bilion saham bernilai RM1.52 bilion pada Rabu.

Volum Pasaran ACE berkurang kepada 366.82 juta unit bernilai RM69.86 juta berbanding 391.39 juta unit bernilai RM79.64 juta semalam.

Waran susut kepada 207.18 juta saham bernilai RM29.96 juta berbanding 264.86 juta saham bernilai RM40.21 juta pada Rabu.

Produk pengguna menyumbang 73.92 juta saham diniaga di Pasaran Utama, produk industri (220.29 juta), pembinaan (46.11 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an(649.99 juta), teknologi (66.29 juta), infrastruk­tur (8.35 juta), SPAC (4.39 juta), kewangan (41.99 juta), hotel (486,400), hartanah (77.97 juta), perladanga­n (32.72 juta), perlombong­an (45,200), REIT (8.36 juta) dan tertutup/dana (29,200).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia