Berita Harian

Tokyo Terajui kenaikan Oasaran

-

pasaran Asia meningkat semalam berikutan paras rekod baharu dicatatkan di Wall Street kerana peniaga didorong oleh keputusan korporat yang kukuh dan jangkaan pakej rangsangan baharu.

Selepas jatuh sedikit pada Selasa dan kelmarin yang disebabkan aktiviti mengambil untung, rali dalam pasaran ekuiti bermula dengan Tokyo sekali lagi menerajui peningkata­n berikutan satu laporan bahawa Jepun bercadang program rangsangan besar-besaran baharu.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe meninjau pakej rangsangan sekurang-kurangnya 20 trilion yen, kira-kira sekali ganda saiz yang dijangkaka­n pada awalnya, untuk merangsang ekonomi, kata agensi berita, Kyodo News.

Dengan jangkaan lebih banyak yen akan membanjiri pasaran kewangan menyebabka­n mata wang itu jatuh, yang mana merangsang saham, khususnya pengekspor­t yang meraih manfaat daripada kelemahan yen.

Indeks Nikkei ditutup 0.8 peratus lebih tinggi, dengan dolar AS meningkat ke paras 107.22 yen daripada 106.87 yen di New York, dan kukuh daripada paras 100 yen yang dicatatkan sebelum Amerika Syarikat (AS) mengeluark­an perangkaan pekerjaan yang mantap pada awal bulan ini.

Euro meningkat kepada 118.37 yen daripada 117.72 yen.

Di pasaran saham lain, Hong Kong naik 0.5 peratus untuk mengakhiri melepasi paras 22,000 buat pertama kali sejak 24 Disember.

Shanghai naik 0.4 peratus, Sydney meningkat 0.4 peratus dan Wellington menokok 0.6 peratus, sementara Taipei 0.5 peratus lebih tinggi. Bagaimanap­un, Seoul jatuh 0.2 peratus.

Peningkata­n itu menjejaki petunjuk positif dari Wall Street, yang mana Indeks Dow dan S&P 500 ditutup pada paras tertinggi berikutan laporan perolehan yang kukuh dari syarikat besar seperti Microsoft, Intel dan Morgan Stanley.

“Kita mempunyai perolehan korporat yang lebih baik, kemungkina­n pakej rangsangan di Jepun, kadar faedah sifar membantu menyerap setiap kejutan makro daripada pelonggara­n monetari,” kata Ketua Strategi Pasaran IG Ltd yang berpangkal­an di Melbourne, Chris Weston kepada Bloomberg News.

Agenda seterusnya ialah mesyuarat monetari Bank Pusat Eropah (ECB), selepas Mario Draghi dijangka memberi jaminan untuk memberikan sokongan sebarang kejatuhan daripada keputusan Britain untuk meninggalk­an EU pada bulan lalu.

Pada awal dagangan di Eropah, London jatuh 0.1 peratus tetapi Frankfurt naik 0.5 peratus dan Paris meningkat 0.1 peratus.

 ?? [ FOTO AP ] ?? Orang ramai melintasi papan tanda elektronik yang memaparkan kenaikan bursa di Tokyo, semalam.
[ FOTO AP ] Orang ramai melintasi papan tanda elektronik yang memaparkan kenaikan bursa di Tokyo, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia