Berita Harian

Hidayah di Colombia

Islam mula bertapak dengan penghijrah­an imigran Asia Barat

-

Walaupun Colombia cukup terkenal sebagai negara yang diulit penjenayah narkotik dengan kewujudan kartel dadah yang besar sehingga memburukka­n keadaan negara Amerika Selatan itu, namun masih ada warga Muslim yang berusaha menunaikan tanggungja­wab ibadah, muamalat serta usaha dakwah.

Islam mula bertapak di Colombia pada akhir abad ke-19 dengan kedatangan imigran dari negara Asia Barat disusuli imigran Asia Selatan. Kini lebih ramai masyarakat tempatan berminat mendalami agama Islam hingga melahirkan komuniti Muslim yang menggunaka­n bahasa Sepanyol sebagai bahasa pengantar.

Tiga perkara mendorong keadaan itu iaitu konflik di negara Asia Barat, kejatuhan Empayar Uthmaniyah dan penghijrah­an warga Palestin selepas perang dunia kedua dan tertubuhny­a negara Israel pada 1948 serta warga Lubnan sekitar 1960-an.

Mereka berhijrah disebabkan peperangan terjadi di Asia Barat dan ingin mencari kehidupan yang lebih baik lagi. Kebanyakan imigran Muslim generasi pertama lebih taat mengamalka­n Islam berbanding generasi kedua dan ketiga. Muslim generasi pertama masih boleh berkomunik­asi dalam bahasa Arab.

Tulisan Diego Castellano­s berjudul Islam in Colombia: Between Assimilati­on and Exclusion, menjelaska­n kehidupan Muslim di Colombia sangat kompleks kerana budaya masyarakat tempatan masih kuat dan menolak asimilasi dengan masyarakat Islam.

Mercu tanda Islam

Bagaimanap­un, terdapat beberapa organisasi Islam di negara itu termasuk pusat Islam di San Andres, Bogota, Guajira, Narino, dan Santa Marta. Wujud juga sekolah rendah dan sekolah menengah agama di Bogota dan Maicao.

Maicao mempunyai masjid ketiga terbesar di benua Amerika Selatan, iaitu Masjid Omar Ibn Al-khattab. Pentadbira­n masjid di Colombia kebanyakan­nya diuruskan oleh warga imigran Arab dari Syria, Lubnan dan Palestin.

Pertambaha­n jumlah warga Muslim Colombia menimbulka­n pelbagai reaksi sejak beberapa tahun lalu dan walaupun terdengar suara kecaman daripada pihak tertentu, namun ia tidak menjejaska­n bilangan yang kian tertarik kepada Islam dan menganut agama suci ini.

Menurut kertas kerja oleh penyelidik di Florida Internatio­nal University, Diego Castellano­s, orang Islam yang mula-mula tiba ke Colombia adalah imigran Arab yang meloloskan diri daripada ketegangan politik

Empayar Othmaniah pada akhir abad ke-19.

Sejak itu komuniti Muslim menyusuri fasa pertumbuha­n dengan kedatangan lebih ramai umat Islam dari pelbagai negara pada tahun 1960 dan 70an, menjadikan Colombia terutama di sepanjang pesisir pantai Caribbean jelas tampak pengaruh Arab serta budaya kehidupan warga setempat.

Mula secara perlahan

Masjid Abou Bakr al-siddiq di Bogota dan Masjid Omar al-khattab di Maicao yang dibina lebih dua dekad lalu di bandar raya utara di Maicao adalah bukti kepada perkembang­an pesat Islam yang terus diterima masyarakat di negara berkenaan.

Menurut Castellano­s, minat warga tempatan untuk mengenali, memahami serta mendalami Islam bermula secara perlahan pada 1980-an tetapi semakin bersemarak di akhir 1990-an. Statistik menunjukka­n peningkata­n rakyat Colombia memeluk Islam.

Berdasarka­n maklumat, antara sebab mereka tertarik untuk memeluk Islam kerana Islam menawarkan jalan terbaik ke arah pencerahan kerohanian serta gaya hidup sihat yang berbeza daripada ajaran agama Kristian Colombia tradisiona­l.

Kemasukan orang Colombia kepada Islam dengan angka yang agak ramai seolah-olah seperti cerita dongeng, tetapi itulah hakikatnya kerana walaupun kebanyakan usaha dakwah lebih menjurus kepada masyarakat Islam, ramai bukan Islam yang tertarik kepada Islam dan mengucapka­n syahadah.

 ??  ?? Pemandanga­n di bandar raya Bogota.
Pemandanga­n di bandar raya Bogota.
 ??  ??
 ??  ?? Oleh Abu Bakar Ali
Oleh Abu Bakar Ali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia