Berita Harian

GT 22 kilogram tewas

Kejayaan dapat ikan saiz mega menjadi tiket kebanggaan

-

Jarang sekali mendengar perairan Morib di Selangor memiliki ikan bersaiz besar, lebihlebih lagi jemuduk atau GT yang beratnya melebihi 15 kilogram (kg).

Kali terakhir diketahui kehadiran ikan itu ketika GP BH Joran Selangor 2001 apabila pemancing dari Kelantan, Yazid Dollah menaikkan jemuduk seberat 12.82 kg dan selepas itu tiada ikan bersaiz mega direkodkan di Morib.

Bagi membuktika­n perairan Morib khususnya Batu Laut, masih relevan kepada pemburu ikan bersaiz mega, Geng Jigger Lembah Klang diketuai Mohd Nizam Abd Hamid cuba mengesan lubuk ikan berkenaan.

Trip kali ini turut ditemani pakar jigger Shahrul Rizal Razali, Faizal Khan, Azrin Mohamad, Muhammad Faris dan Mohamad Shawal yang awal-awal lagi menanam hasrat untuk menaikkan ikan yang menjadi buruan kaki pancing.

“Pernah dengar spesies jenahak dan senangin selalu dinaikkan kaki pancing.

“Itu pun beratnya sekadar dua hingga enam kg, amat jarang ikan besar dipancing terutama GT. Bangganya kalau menjadi orang pertama menaikkann­ya,” kata Faizal ketika dalam perjalanan ke perairan Batu Laut.

Disambar jenahak

Sebaik tiba di lubuk pertama tanpa sempat sauh dijatuhkan oleh tekong Saufi atau Apeng, Azrin dan Faizal terus melemparka­n jig Menhaden serta Dawn Herring. Memang pelahap ikan di lubuk Batu Laut apabila masing-masing kerapu dan jenahak seberat satu kg setengah melekat pada mata jig.

“Itu bukan ikan

champion. Itu ikan lauk. Sekejap lagi engkau orang tengok siapa akan naikkan ikan besar,” kata Shahrul Rizal.

Dia terus melemparka­n

jig Shimano Blue Sardine ke dasar Batu Laut, selepas lima kali menghenjut jig, terus disambar ikan.

Seekor jenahak seberat tiga kg dinaikkann­ya. “Hah! Ikan besar ini engkau simpan ke dalam tong, nanti sampai jeti kita masak tiga rasa,” sindir Faizal.

Uji jig buatan sendiri

Di lubuk Batu Laut juga mereka sempat menaikkan masing-masing empat kerapu dan jenahak serta tiga GT bersaiz antara dua hingga lima kg. Tangkapan itu dianggap masih kurang memberangs­angkan, sebelum

Mohd Nizam meminta tekong Apeng berpindah ke lubuk lain.

Di lubuk kedua, Shahrul Nizam menukar strategik dengan menggunaka­n jig buatan sendiri bagi mengujinya.

Jig seberat 200 gram itu nyata berkesan apabila berjaya memperdaya­kan penghuni Batu Laut. Hampir 30 minit melayan ikan, bukan saja tiada tanda ia ingin mengalah, malah joran Beat Propagate 606 beberapa kali membentuk huruf C serta kekili tanpa henti berderit.

“Selepas berhempasp­ulas barulah ikan berkenaan mengalah dan apabila GT menampakka­n kelibatnya, kami pun bersorak,” kata Nizam.

Turut dinaikkan di lubuk berkenaan beberapa ebek, talang dan jenahak. Bagaimanap­un, saiznya sesuai untuk dijadikan juadah makan malam.

Selepas berhempasp­ulas, barulah ikan berkenaan mengalah dan apabila GT menampakka­n kelibatnya, kami pun bersorak” Nizam Abdul Hamid, Pemancing

 ??  ?? Geng Jigger Lembag Klang berehat seketika apabila joran mereka tidak diusik ikan ketika memancing di Batu Laut, Morib.
Geng Jigger Lembag Klang berehat seketika apabila joran mereka tidak diusik ikan ketika memancing di Batu Laut, Morib.
 ??  ?? Shahrul Rizal berhempas-pulas melayan joran selepas disambar ikan besar.
Shahrul Rizal berhempas-pulas melayan joran selepas disambar ikan besar.
 ??  ?? Faizal Khan turut mempamerka­n kehebatann­ya menaikkan ebek Morib.
Faizal Khan turut mempamerka­n kehebatann­ya menaikkan ebek Morib.
 ??  ?? GT gergasi tunggal yang diperoleh Shahrul dalam trip ke Batu Laut Morib.
GT gergasi tunggal yang diperoleh Shahrul dalam trip ke Batu Laut Morib.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia