Berita Harian

Dapat jerung beri kepuasan

Sanggup korban banyak wang demi penuhi minat memancing

-

Kejayaan menjinakka­n lima ikan yu atau jerung bersaiz mega daripada spesis ‘bronze whaler’ dan jerung terberat mencecah 100 kilogram (kg), bukti kehebatan gadis bertubuh gempal ini dalam dunia memancing.

Pemancing kelahiran Singapura ini, sanggup menghabisk­an sebahagian besar wang gaji dan simpanan untuk menyertai trip memancing bukan di sekitar Singapura, malah di Malaysia, Phuket di Thailand, Kepulauan Maldives dan paling jauh di Afrika Selatan.

Nurshafika Salleh, berkata pada April lalu, dia berpeluang menyertai trip memancing pantai selama tiga hari dua malam di Pantai Mazeppa, Afrika Selatan.

“Dalam trip itu, saya berjaya menaikkan lima jerung, yang menjadi buruan pemancing yang berkunjung ke pantai itu.

“Kelima-lima jerung itu saya jinakkan dengan umpan ikan tuna dengan berat seekor satu kilogram(kg) dan berat semua jerung itu daripada 20 hingga 100 kg. Itulah rekod terbaik saya, sejak terbabit dalam dunia hanyir, setakat ini,” katanya.

Kerap ikut ayah, abang

Dia turut dikenali sebagai Myka Rafael dalam kalangan pemancing mengakui mula aktif memancing sejak berusia enam tahun kerana kerap mengikut ayah dan abangnya memancing di Pantai Changi, Singapura pada hujung minggu dan cuti sekolah.

Myka yang meminati kategori pantai, berkata hobi memancing yang ada pada dirinya mendorong dia untuk kerap datang ke Malaysia dan memancing di pantai sekitar Pahang.

“Setiap dua bulan sekali, saya akan yang berkunjung ke Malaysia hanya untuk menyertai pertanding­an memancing kategori pantai yang diadakan.

“Saya juga kerap ke Thailand untuk menyertai pertanding­an memancing kategori pantai yang dianjurkan.

“Biarpun setakat ini, saya belum pernah disenaraik­an sebagai lima pemenang teratas di Malaysia, namun tetap bergembira kerana berpeluang untuk mengambil bahagian,” katanya.

Belajar daripada pemancing berpengala­man

Anak bongsu daripada dua beradik itu berkata baginya aktiviti memancing mempunyai rahsia tersendiri, ia sesuatu yang menarik mengajar erti kesabaran dan bersyukur kepada Allah.

Myka berkata, dia mendapat banyak ilmu dan pengalaman memancing daripada kaki pancing berpengala­man antaranya cara mengikat mata kail atau perambut mengikut jenis lubuk ikan.

“Pada masa yang sama dapat menambah kenalan yang berminat dengan aktiviti memancing,” katanya.

Pada masa yang sama dapat menambah kenalan yang berminat dengan aktiviti memancing” Nurshafika Salleh, Pemancing

 ?? [GAMBAR IHSAN PEMBACA] ?? Nurshafika bersama ikan jerung yang berjaya dijinakkan­nya di Pantai Mazeppa.
Afrika Selatan, April lalu.
[GAMBAR IHSAN PEMBACA] Nurshafika bersama ikan jerung yang berjaya dijinakkan­nya di Pantai Mazeppa. Afrika Selatan, April lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia