Berita Harian

Cita-cita jadi pemancing kelas dunia

-

dalam keluarga kaki pancing tegar menyebabka­n Brooke Thomas, 23, tidak kekok untuk melontar umpan, memegang gewang atau memasang umpan.

Ini kerana datuk, ayah dan beberapa saudara maranya sering mengadakan trip memancing di tasik.

“Ketika berumur lapan tahun, saya kerap menyertai trip memancing ikan layaran bersama datuk di perairan Costa Rica,” kata Brooke yang aktif dalam aktiviti memancing, di Florida.

Brooke berkata, kekerapan menyertai beberapa trip menjadikan dia semakin mahir mengendali peralatan memancing dan berlawan dengan ikan sama ada di tasik mahu pun di laut.

Malah ada waktunya pada hujung minggu, dia menggunaka­n kanu atau bot kecil seorang diri, memancing ikan raja atau Peacock bass di Tasik Apopka, Florida yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

Suka uji produk baharu

Katanya, dia turut kerap mengambil bahagian dalam kejohanan memancing tempatan dan teman lelakinya yang juga kaki pancing amat teruja untuk berdepan dengan sebarang cabaran persaingan.

“Saya suka menguji joran baharu menggunaka­n umpan dan lokasi yang berbeza.

“Saya mahu terus aktif dalam aktiviti memancing dengan menyertai beberapa kejohanan bertaraf dunia,” katanya.

Brooke berkata laporan akhbar, majalah dan siaran televisyen mengenai kewujudan wanita dalam acara itu, pasti akan menjadi mereka lebih teruja untuk memancing.

Ketepikan tanggapan negatif

Dia juga menasihatk­an wanita yang mahu aktif dalam aktiviti memancing, jangan mudah terpengaru­h atau patah semangat dengan beberapa kenyataan negatif beberapa pihak.

“Kita harus berfikiran positif dan ubahkan semua anggapan negatif dan kritikan yang diterima sebagai nasihat yang membina.

Teruslah aktiviti sihat yang anda suka.

“Anda perlu terus belajar menambah ilmu pengetahua­n dan kemahiran dalam dunia memancing ekoran bidang memancing kerap berubah dengan penemuan baru,” katanya.

 ??  ?? Brooke Thomas bersama ikan yang diperoleh ketika memancing bersama anggota keluargany­a.
Brooke Thomas bersama ikan yang diperoleh ketika memancing bersama anggota keluargany­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia