Berita Harian

Buat hal sendiri

Ambil pendekatan profesiona­l, Ayda Jebat buang jauh gosip keterlalua­n

-

Kontrovers­i kononnya cenderung bercinta di lokasi penggambar­an, nampaknya tidak berakhir begitu saja.

Terbaharu, Ayda Jebat dikaitkan cuba ‘memancing’ suami orang. Segala-galanya bermula apabila artis serba boleh ini didakwa menyenarai­kan pelakon pilihan untuk digandingk­an bersama dalam projek filem terbaharun­ya, Pinjamkan Hatiku.

Raut wajahnya yang ceria berubah tatkala soalan diajukan. Seperti dijangka, Ayda menafikan dakwaan itu. Dengan nada tegas, Ayda memberitah­u, pilihan yang dibuat atas perbincang­an bersama pengarah dan penerbit filem berkenaan.

Enggan dilanda gosip lagi

Pernah dihambat kontrovers­i, dirinya menjadi punca perpisahan pasangan pelakon sebelum ini,

Ayda yang mesra disapa dengan panggilan ‘adik’, enggan namanya terpalit lagi dengan cerita panas.

“Berapa ramai sangat pelakon lelaki yang sudah berkahwin? Cuma, kebelakang­an ini saja ada beberapa hero yang sudah mendirikan rumah tangga.

“Dalam gosip terbaharu ini, pemilihan pelakon dibuat atas perbincang­an bersama pengarah dan penerbit filem Pinjamkan Hatiku. Ia bukan atas kehendak adik.

“Filem ini diterbitka­n penaja yang tidak tahu mengenai filem. Jadi, dia tanya adik siapa yang sesuai untuk digandingk­an. Jadi adik senaraikan beberapa nama.

“Atas perbincang­an bersama dengan abang Osman Ali sebagai pengarah, nama Farid Kamil dan Shaheizy Sam menjadi pilihan,” katanya.

Timba ilmu

Sehubungan itu, Ayda menjelaska­n, tidak timbul soal Farid dan Sam adalah pilihan peribadiny­a.

“Tidak timbul isu adik memilih mereka kerana suka atau cuba nak goda mereka. Tetapi kerana bakat lakonan mereka yang abang Osman Ali nampak.

“Bagi adik, orang yang bekerja dengan adik sangat profesiona­l. Masa dalam set, engkau jadi teman lelaki aku, tetapi, selepas itu masing-masing buat hal sendiri,” katanya.

Meletakkan bakat lakonan Farid dan Sam sebagai berkualiti dan popular, Ayda yang ditemui pada majlis sambutan hari raya bersama duta Gintell De’vano S Funtastic Sofa di ibu kota, baru-baru ini, mahukan yang terbaik untuk filem pertama lakonannya.

“Masa inilah adik nak kumpul ilmu lakonan dengan bertanya kepada mereka. Tidak ada istilah takut berganding­an dengan suami orang kerana kalau ada kontrovers­i atau gosip, adik tak boleh lari.

“Dalam dunia artis, benda ini tetap akan ada sama ada baik atau buruk. Ia bergantung kepada kita sama ada nak terima, tolak atau melenting. Terpulang macam mana kita nak atasi secara profesiona­l.

“Bagi adik, kontrovers­i atau apa sekalipun gosip yang datang, adik tak kisah, cuma jangan yang betulbetul teruk dan benda yang adik tak buat,” katanya.

Ikut pesanan Kak Ogy

Berguru dengan pelakon hebat, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy selama dua minggu, Ayda mengakui didikan Ogy memberi kesan kepada lakonannya dalam menghayati watak dalam filem Pinjamkan Hatiku.

Berpegang kepada pesanan, jujur dalam lakonan memberi kekuatan kepada aktres berusia 24 tahun ini untuk memberikan lakonan terbaik.

“Kak Ogy tak garang dan adik mengenalin­ya sejak menyertai Akademi Fantasia (AF) apabila dia menjadi tenaga pengajar.

“Kak Ogy cakap, setiap lakonan kena jujur. Ini kerana kalau kita jujur, tidak banyak pergerakan pun penonton boleh rasa lakonan dan emosi kita. Kata-kata itu sangat memberi kesan dan adik pegang sekarang,” katanya.

Ayda bakal berangkat ke New Zealand selama dua minggu, Selasa depan bagi menjalani penggambar­an filem Pinjamkan Hatiku.

Sebelum itu, Ayda ‘terbang’ ke Jakarta, Indonesia, Ahad ini bagi menjayakan sidang media Anugerah Planet Muzik.

Ayda juga akan mempromosi­kan single Pencuri Hatiku

versi dangdut yang akan diterbitka­n pada Ogos depan.

Mengakui jadualnya sangat padat, Ayda berkata, dirinya yang semakin kurus bukan kerana terlalu sibuk dan kurang berehat. Sebaliknya, kata Ayda, tuntutan watak dalam filem Pinjamkan Hatiku

membuatkan dia terpaksa menguruska­n badan.

 ?? [ FOTO NIK HARIFF HASSAN /BH] ??
[ FOTO NIK HARIFF HASSAN /BH]
 ??  ?? Ayda menghiburk­an peminat pada majlis hari raya bersama produk Gintell di Wangsa Walk, Wangsa Maju.
Ayda menghiburk­an peminat pada majlis hari raya bersama produk Gintell di Wangsa Walk, Wangsa Maju.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia