Berita Harian

Susah senang tanggung sendiri

Rita Rudaini akui kesukaran hidup selepas berpisah dengan bekas suami

-

Melihat kepada penampilan dan statusnya sebagai selebriti dikenali ramai, pasti bukan sedikit daripada kalangan peminat yang menyangka hidup si jelita, Rita Rudaini, dilimpahi kemewahan. Sentiasa tampil bergaya dalam mana-mana acara, ia turut membuatkan ramai yang beranggapa­n Rita tidak pernah mempunyai masalah dari segi kewangan.

Justeru, apabila kes tuntutan nafkah yang dibuat ke atas bekas suaminya yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafun, menjadi menjadi isu besar dan menarik perhatian khalayak, ramai yang mula sangsi apakah benar pelakon filem Anak Mami ini benar-benar hidup susah?

Menjawab persoalan itu, Rita berkata, perkara berkenaan tidak perlu dipersoalk­an kerana segala kesusahan ditanggung­nya seorang diri.

“Orang tidak tahu apa yang saya lalui. Terus terang saya akui, selepas bercerai hidup yang saya memang susah. Ketika berkahwin dulu, saya memang tidak berlakon kerana mengikut cakap suami yang mahukan saya duduk di rumah. Saya turutkan saja kehendakny­a kerana mahu menjadi isteri mithali.

Harapkan duit simpanan

“Apabila berlaku perceraian, hidup saya memang susah. Apabila saya tidak berlakon, jadi harapan hanyalah pada duit simpanan semata-mata. Apatah lagi ketika itu saya sudah mempunyai anak, tentulah memerlukan perbelanja­an yang lebih.

“Orang bolehlah nak cakap kita hidup senang, walhal yang susah adalah diri kita sendiri,” tegas

Rita ketika ditemui pada majlis perasmian restoran miliknya, Rumah Kueh, di Kota Damansara, Ahad lalu.

Turut hadir, memeriahka­n majlis, pelakon dan pengacara, Awal Ashaari dan isteri, Scha Alyahya, serta anak mereka, Lara Alana.

Jalani hidup secara sederhana

Menurut Rita, mereka yang benar-benar mengikuti perkembang­an dirinya pasti menyedari dia menjalani kehidupan seharianny­a dengan serba sederhana.

“Saya bukannya jenis orang yang suka berbelanja barangan mewah. Memang jarang nampak saya bergaya dengan tas tangan berjenama. Hidup saya biasa saja.

“Kalau berbelanja, saya sangat mengutamak­an anak-anak. Persiapan raya pun sama, semuanya lebih kepada mereka. Baju raya pun sepasang saja, dibuat daripada kain kapas yang saya beli di kedai di kampung,” katanya.

Inilah persediaan jika kerjaya lakonan saya semakin perlahan. Maklum saja, sampai bila saya boleh berlakon? Dengan perniagaan ini, sekurangku­rangnya terjamin juga masa depan” Rita Rudaini, Pelakon

Bukan restoran demi anak

Disebabkan kesusahan pernah dialaminya itu, Rita mengambil langkah untuk beringat. Buktinya, perniagaan restoranny­a itu adalah sebagai persediaan bagi kehidupan pada masa hadapan.

“Apa yang berada di fikiran saya apabila membuka perniagaan restoran ini adalah anak-anak. Inilah persediaan jika kerjaya lakonan saya semakin perlahan. Maklum saja, sampai bila saya boleh berlakon? Dengan perniagaan ini, sekurangku­rangnya terjamin juga masa depan,” kata pelakon berusia 40 tahun ini.

Bercerita mengenai Rumah Kueh, ibu kepada Airit Rayyan Rizqin, 7, dan Airit Qaqa Arjuna,

5, ini berkata idea untuk tampil dengan pelbagai hidangan tradisiona­l adalah berdasarka­n pengalaman serta cita rasanya sendiri.

“Saya seorang yang gemarkan makanan Melayu dan saya akui sangat sukar untuk mendapatka­n makanan sebegitu di kawasan ini. Berikutan itu saya membuka restoran ini untuk mereka yang gemarkan masakan Melayudanj­ugaulamula­man serta kuih-muih tradisiona­l,” terang Rita yang turut turun padang melayan pelanggan jika mempunyai masa terluang.

Rakan maya meninggal dunia

Dalam temu bual itu juga, Rita turut membuat pendedahan mengenai hubungan rapatnya dengan seorang lelaki yang menetap di luar negara. Hubungan yang terjalin menerusi alam maya itu bagaimana tidak berpanjang­an apabila lelaki itu meninggal dunia, April lalu.

“Sepanjang hidup bersendiri­an, memang ada lelaki yang cuba mendekati diri ini dengan menghantar pelbagai mesej, tetapi saya tak pernah layan. Bagaimanap­un, ia berbeza dengan lelaki ini. Saya sangat selesa berbual dengannya, selain berkongsi cerita peribadi. Pernah juga dia meluahkan perasaanny­a dan dia juga sanggup menunggu saya.

“Pada awalnya terlintas juga dalam hati untuk memberinya peluang, namun apabila terbayang kisah lalu, perasaan itu hilang tiba-tiba. Entah mengapa, hati saya jadi berbelah bahagi terutama apabila teringat cerita lalu.

“Ketika berhubunga­n, dia ada mengaku dirinya sakit, cuma tidak dijelaskan apakah penyakitny­a itu hinggalah saya dapat tahu dia sudah pun meninggal dunia, April lalu,” cerita Rita sambil mengaku hidupnya masih kekal solo disebabkan trauma dengan kegagalan perkahwina­n lalu.

 ??  ??
 ??  ?? Rita Rudaini di restoran miliknya, Rumah Kueh di Kota Damansara.
Rita Rudaini di restoran miliknya, Rumah Kueh di Kota Damansara.
 ?? [ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM / BH ] ??
[ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM / BH ]
 ??  ??
 ??  ?? Rita bersama anakanakny­a, Airit Rafqa Arjuna (kiri), dan Airit Rayyan Rizqin (kanan) pada majlis pelancaran Rumah Kueh.
Rita bersama anakanakny­a, Airit Rafqa Arjuna (kiri), dan Airit Rayyan Rizqin (kanan) pada majlis pelancaran Rumah Kueh.
 ??  ?? Awal dan Scha turut hadir ke rumah terbuka Rita.
Awal dan Scha turut hadir ke rumah terbuka Rita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia