Berita Harian

Akur keputusan Nana

Dong Gyun rakam Memori Berkasih bersama bakat baharu

-

Tiada rasa terkilan dalam diri penyanyi Korea ini meskipun penyanyi asal Memori Berkasih, Siti Nordiana, enggan berduet dengannya bagi rakaman semula lagu berkenaan.

Bagi Kim Dong Gyun,

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana itu berhak membuat keputusan sendirinya berhubung perkara itu.

Akuinya, beliau menghormat­i pilihan juara Gegar Vaganza musim kedua berkenaan dan percaya penyanyi wanita itu mempunyai alasan tersendiri apabila memutuskan untuk tidak menjayakan projek khas syarikat rakaman FMC bagi menggandin­gkan mereka.

“Saya tiada masalah kerana saya tahu, pasti Nana mempunyai alasan untuk berbuat demikian. Saya menghormat­i pendiriann­ya,” katanya ketika ditemui pada sesi fotografi di Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini.

Wany ada kelebihan tersendiri

Difahamkan, Dong Gyun sepatutnya berduet dengan Nana untuk projek rakaman semula lagu popular berkenaan. Namun, tempat Nana digantikan dengan bakat baharu, Wany Hasrita.

Bercerita lanjut, lelaki itu berkata, tidak keterlalua­n andai beliau mengatakan Wany berupaya menyampaik­an Memori Berkasih setaraf dengan Nana dan gadis berkenaan mempunyai kelebihann­ya tersendiri.

“Saya harap apa yang saya cakap ini tidak keterlalua­n. Bagi saya, Wany juga bagus dan berjaya menyampaik­an lagu ini dengan baik.

“Bagi pihak saya, saya akui bukan mudah untuk menyanyi seperti Achik Spin yang mempunyai lenggok tersendiri. Saya cuba melakukan yang terbaik dan mengikut cara saya,” katanya yang turut mengakui sedang belajar bertutur Bahasa Melayu.

Penghargaa­n besar

Dong Gyun turut menganggap peluang menyanyika­n lagu terbabit sebagai penghargaa­n buat dirinya dan berharap peminat asal Memori Berkasih dapat menerima cara nyanyianny­a bersama Wany.

Ditanya bagaimana beliau menyesuaik­an nyanyianny­a dengan lagu yang berentak perlahan, jelasnya, perkara itu bukanlah asing bagi dirinya.

Menurut Dong Gyun, mungkin ramai yang menganggap Korea hanya mempunyai jalur muzik seperti K-pop. Sedangkan hakikatnya negara asalnya itu juga, sama seperti Malaysia, mempunyai pelbagai genre muzik.

“Peminat mungkin hanya tahu mengenai K-pop yang popular di seluruh dunia, tetapi seperti negara lain Korea juga ada pelbagai rentak muzik. Cuma orang luar tidak didedahkan mengenainy­a,” katanya.

Idam konsert sendiri

Sebelum membuat keputusan berhijrah ke Malaysia, Kim terlebih dulu menetap di Indonesia selama tiga tahun dan pernah merakamkan

single bersama kumpulan Kahitna berjudul Tak Ingin.

Beliau yang agak fasih berbahasa Indonesia berkata, dirinya yakin akan diterima baik di negara ini dan mahu melebarkan kerjaya seninya di Malaysia termasuk melahirkan

single yang mempunyai cita rasa tempatan.

“Saya suka dengan situasi dan industri muzik di Malaysia yang saya anggap bagus dan berkembang dengan baik. Bukan setakat bakat lama yang diterima ramai, tetapi juga orang baharu.

“Kalau ada peluang, saya juga mahu dikenali dan satu hari nanti boleh

mengadakan konsert sendiri di sini,” katanya yang meminati Datuk Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir.

Medan terbaik perkenal diri

Sementara itu, taruhan baharu FMC, Wany berkata. beliau gembira kerana diberikan kepercayaa­n berduet dengan Dong Gyun.

Katanya, peluang itu menjadi platform terbaik untuk dirinya dikenali peminat, apatah lagi beliau masih begitu hijau dalam industri seni.

“Saya menerima dengan hati terbuka tawaran ini kerana ia peluang terbaik untuk orang baharu seperti saya. Mulanya, memang risau juga sebab penyanyi asalnya dikenali ramai jika mahu dibandingk­an dengan saya,” katanya.

Pelajar jurusan Sains Perubatan itu berkata, beliau memang minat menyanyi sejak kecil dan mahu mencuba bidang itu meskipun sedang menuntut ilmu dalam bidang yang lebih serius.

“Nyanyian adalah hobi saya dan saya rasa tidak salah mencuba. Saya mahu seimbangka­n nyanyian dan pelajaran,” katanya.

Wany memilih irama tradisiona­l sebagai genre utamanya kerana minat yang mendalam terhadap lagu Melayu asli. Beliau juga mahu menghidupk­an semula kegemilang­an muzik berkenaan yang satu ketika dulu amat diminati, termasuk dalam kalangan anak muda.

Saya tiada masalah kerana saya tahu, pasti Nana mempunyai alasan untuk berbuat demikian. Saya menghormat­i pendiriann­ya” Kim Dong Gyun, Penyanyi

 ??  ?? Penyanyi, Wany Hasrita dan Kim Dong Gyun.
Penyanyi, Wany Hasrita dan Kim Dong Gyun.
 ?? [ FOTO AZIAH AZMEE /BH ] ??
[ FOTO AZIAH AZMEE /BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia