Berita Harian

Rezeki pengantin baharu

Haziqhot FM akui kehidupan semakin baik sejak bertunang, kahwin

-

Sememangny­a rezeki itu boleh datang dalam pelbagai cara. Bagi penyampai Hot FM, Muhammad Haziq Irfan (Haziq) Mohd Hussni, 26, dia dapat berasakan rezekinya semakin lebat selepas bertunang dengan Ayunda Putri Mekar Sari Yushi, 26, Oktober tahun lalu.

Perjalanan hidup dan kariernya juga bertambah baik apabila Haziq diberikan ruang mengendali­kan program Kaki Bola dan Kami Gila Bola untuksalur­an

TV9. Malah, rentak lelaki ini dalam dunia penyiaran dilihat kian rancak apabila dirinya diberi kepercayaa­n mengacarak­an rancangan pagi, Nasi Lemak Kopi O.

Haziq, yang menjadi suami kepada Putri, wanita dari Medan yang dikenaliny­a sejak zaman kolej, selepas kedua-duanya diijabkabu­lkan minggu lalu, turut berazam mahu memperting­katkan profil dan kredibilit­inya dalam dunia penyiaran radio serta televisyen.

Ingin rakam single

Selain itu, katanya, dia dan isteri juga sudah mempunyai beberapa perancanga­n lain bagi memajukan lagi kehidupan, antaranya membuka perniagaan sendiri pada tahun depan.

“Saya juga kini sudah mula berjinak-jinak dalam dunia nyanyian. Bakat seni suara saya mula disedari ramai apabila wujudnya aplikasi Smule. Sejak itu, ramai yang mula lihat bakat nyanyian saya, malah tidak kurang yang mahu menyanyi bersama.

“Pada masa sama, ramai juga peminat yang bertanya, bila lagi saya mahu keluarkan single? Bagaimanap­un, apabila bekerja dengan radio, agak sukar untuk saya berbuat begitu ketika ini.

“Namun, saya percaya rezeki itu akan datang juga dan insya-allah saya akan bekerjasam­a dengan komposer baharu bagi penghasila­n single pertama nanti,” katanya.

Hanya sebuah majlis

Haziq dan Putri selamat diijabkabu­lkan oleh Penolong Pendaftar

Nikah Masjid Muadz Jabal Taman Setiawangs­a, Ustaz Muadzeen Ackil, dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Yudhi Yulfan, di kediaman keluarga lelaki di Puncak Setiawangs­a, Kuala Lumpur.

Haziq dan Putri sepakat untuk mengadakan hanya sebuah majlis persanding­an, berkonsepk­an taman bunga Inggeris, di ibu kota bagi mewakili keduadua keluarga.

Pada majlis resepsi mereka baru-baru ini, Haziq segak dengan sut kelabu, manakala Putri pula anggun menggayaka­n gaun kembang rona ungu rekaan Jue Eden.

Pandai jaga hati ibu bapa

Menyentuh soal berbulan madu, Haziq belum sempat memikirkan perakara itu kerana kesibukan kerja yang menuntutny­a berada di lokasi sejak awal pagi.

“Bagaimanap­un, selepas majlis, kami akan ke Pulau Pinang untuk menikmati nasi kandar asli dulu,” katanya yang mengimpika­n untuk memiliki beberapa cahaya mata, namun tetap menyerahka­n segala-gala kepada ketentuan Yang Maha Kuasa.

Menyentuh pilihan hatinya itu, Haziq memberitah­u dia memilih Putri sebagai teman hidup kerana dia seorang yang lemah lembut dan bijak menjaga hati kedua-dua ibu bapanya.

“Putri pandai menjaga diri dan berdikari, serta paling penting, dia faham perangai saya,” katanya.

Sementara itu, Putri memaklumka­n dirinya memang terkejut apabila dilamar Haziq sebaik saja mereka tamat pengajian.

“Kami berkawan baik agak lama ketika di universiti. Saya terimanya kerana dia seorang yang jujur,” katanya yang kini dalam proses untuk mendapatka­n status penduduk tetap negara ini.

Putri pandai menjaga diri dan berdikari, serta paling penting, dia faham perangai saya” Haziq, Penyampai Hot FM

 ?? [ FOTO MUNIRA ABDUL GHANI/ BH ] ?? Haziq dan Putri bagai pinang dibelah dua pada majlis resepsi mereka, baru-baru ini.
[ FOTO MUNIRA ABDUL GHANI/ BH ] Haziq dan Putri bagai pinang dibelah dua pada majlis resepsi mereka, baru-baru ini.
 ??  ?? Pengantin bergambar bersama rakan sekerja pada majlis resepsi mereka di Maju Junction.
Pengantin bergambar bersama rakan sekerja pada majlis resepsi mereka di Maju Junction.
 ??  ?? Shiha menghiburk­an pasangan pengantin.
Shiha menghiburk­an pasangan pengantin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia