Berita Harian

Badang enjin Tanjung Langsat

Pernah bawa pemancing lepasi sempadan negara tanpa disengajak­an

-

Pernah dihambat penguat kuasa maritim Singapura selepas didakwa memasuki perairan republik itu untuk memancing, antara pengalaman pahit pernah dialami tekong Farid Mahdon

Mesra dipanggil Seniman Uda atau Tekong Badang kerana kekuatanny­a mengangkat dengan mudah enjin sangkut 40 kuasa kuda seorang diri dikatakan pantas mengemudik­an bot untuk memasuki semula perairan Malaysia.

“Di tengah laut, mana ada batu sempadan, ketika itu, saya masih nampak dengan jelas daratan

Johor dan beranggapa­n saya memancing di perairan negara.

“Tanpa disedari bot menghampir­i Pelantar Minyak Tanjung

Langsat yang berada di perairan Singapura.

“Apa lagi, kelam-kabut saya masuk ke perairan Malaysia. Kebiasaann­ya siang hari tiada masalah memancing di situ, hanya waktu malam kalau nelayan atau pemancing tidak dibenarkan menghampir­i atau berada di kawasan berkenaan,” katanya.

Sesuai dijadikan lauk

Uda berkata, pengalaman menjadi tekong sejak berusia 17 tahun, membuatkan begitu arif mengenai lubuk dan spesies ikan serta udang kara di perairan berkenaan.

“Selalunya saya akan membawa pemancing ke Pulau Tekong atau Tanjung Langsat di sempadan Malaysia - Singapura.

“Kadang-kadang ke perairan Pulau Tekong, Desaru dan Pulau

Tinggi,” katanya.

Antara ikan terdapat di situ ialah ketarap, jenahak, barakuda, kerapu, landuk dan tebal pipi. Beratnya sekitar 500 gram hingga lima kilogram yang sesuai dijadikan lauk.

“Kalau bernasib baik dapat seekor dua udang kara. Udang ini saya jual kerana mempunyai nilai yang tinggi, malah sudah sering memakannya,” kata Uda.

Tidak pulang tangan kosong

Mengenakan bayaran berpatutan untuk memancing dalam tempoh 20 jam, dia akan pastikan pemancing tidak pulang dengan tangan kosong.

“Kebiasaann­ya, saya akan membawa empat pemancing dengan umpan hidup disediakan. Jika ingin memancing ketarap atau bayan, pemancing perlu memaklumka­n terlebih dulu bagi memudahkan saya mencari umpan ketam.

“Jika tidak, hanya umpan udang atau belanak hidup saya sediakan. Namun, sebagai tambahan, saya akan menyediaka­n sotong atau ikan segar yang dibeli dipasar,” katanya.

Kalau bernasib baik, dapat seekor dua udang kara. Udang ini saya jual kerana mempunyai nilai yang tinggi, malah sudah sering memakannya” Farid Mahdon, Tekong

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia