Berita Harian

Diintai makhluk misteri

Terlalu asyik menjala sehingga tersasar jauh ke dalam hutan

-

Pernahkah anda diusik makhluk halus dan menjadikan kita khayal seketika atau terpukau melihat ribuan ikan berenang di air cetek hingga lupa pulang ke rumah bot. Aku pernah mengalamin­ya ketika memancing di kuala

Sungai Terengganu, Tasik Kenyir kira-kira 11 tahun lalu.

Trip tiga hari dua malam itu turut disertai rakan sekampung, Ismail Mahat, Zakaria Bachik, Suffian Abu Hassan dan Rozaidi Said yang begitu bersemanga­t kerana masing-masing baru kali pertama hendak memancing di Tasik Kenyir.

Ketika rumah bot berlabuh di kuala sungai, aku bersama Zakaria dan Suffian mengambil kesempatan menjala anak ikan untuk dijadikan umpan memancing toman.

Sebaik tiba di pintu kuala, aku mendapati air sungai hanya paras buku lali dan kelihatan ikan lampam berenang hanya separuh badan.

Seronok lihat tangkapan

Sebenarnya, apa yang aku nampak bukan seekor, tetapi puluhan ikan lampam sungai sedang menghempas perut (mengeluark­an telur).

Apa lagi aku terus menebarkan jala, sekali tarik 15 hingga 20 ekor terperangk­ap dalamnya.

Zakaria dan Suffian mengisi ikan berkenaan ke dalam guni gula yang dibawa, manakala aku terus menebar ikan lampam sungai yang berkejaran.

Memang seronok ketika itu apabila melihat hasil tangkapan ini.

Disebabkan terlalu asyik menjala, tanpa disedari guni gula sudah dipenuhi, walhal ikan lampam masih banyak di air. Aku terus mencadangk­an Zakaria menggali lubang di pasir bagi mengisi ikan.

Menjala macam hilang akal

Mungkin terlalu tamak melihat ikan berenang di air separas buku lali, aku terus menebar jala tanpa menyedari hampir dua kilometer kami berjalan ke tengah hutan.

Bagaimanap­un, Zakaria berasa tidak sedap hati apabila melihat aku seperti ‘hilang akal’ apabila tidak henti-henti menebar jala, sedangkan ikan yang diperoleh sudah lebih daripada cukup untuk dijadikan umpan.

Kata Zakaria, sambil menebar jala, aku juga berjalan semakin jauh ke dalam hutan. Memang ada keanehan sehingga tidak jumpa jalan balik, Zakaria bertempik ke arah aku supaya berhenti menebar jala.

“Fauzi! Aku rasa kita sudah tersasar jauh, lain macam aku rasa tempat ini,” katanya.

“Eh! Betullah. Aku rasa macam ada makhluk sedang mengintai kita,” kata Suffian sambil menunjukka­n seakan susuk tubuh di dalam hutan.

Lebih daripada cukup

Teguran Zakaria dan Suffian tidak aku hiraukan. Malahan, aku terus menebar jala kerana sudah terlalu seronok dengan hasil yang diperoleh.

Ketika ingin menebar jala, tiba-tiba Zakaria menyepak aku hingga terjatuh ke dalam air.

“Fauzi istiqhfar cepat! Jom kita balik. Aku rasa kita sudah kena pukau dek penghuni hutan ini.

“Lagi jauh kita masuk ke dalam, aku tidak tahu apa yang akan berlaku,” kata Zakaria.

Kami segera memunggah ikan yang berada di atas pasir.

Melihat guni sudah padat berisi ikan, aku menanggalk­an kemeja-t untuk dijadikan bekas mengisi tangkapan.

Kami pulang ke rumah bot dengan ikan lampam sungai hampir 15 kilogram yang dianggap tangkapan paling lumayan.

Bekas kampung ditenggela­mi air

Ketika menceritak­an kejadian berkenaan kepada tekong Zali, beliau mengakui kawasan kami menjala ikan itu memang ada makhluk ghaib.

Itu pun berdasarka­n cerita penduduk Kuala Berang kerana beliau hendak mengesahka­n kesahihan cerita itu.

Katanya, sebelum menjadi tasik, terdapat sebuah kampung di sini, bagaimanap­un tenggelam bersama beberapa kampung lain kerana pembinaan Tasik Kenyir.

Menurut Zali lagi, dia tidak pernah melihat makhluk berkenaan.

Berikut insiden itu, kami meminta Tekong

Zali memindahka­n rumah bot ke kawasan lain bagi mengelakka­n kejadian yang tidak diingini.

Fauzi istiqhfar cepat! Jom kita balik. Aku rasa kita sudah kena pukau dek penghuni hutan ini” Zakaria Bachik, Pemancing

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia