Berita Harian

Cinta negara tuntutan agama

-

Negara penting dalam kehidupan seorang Muslim kerana ia juga berkait dengan urusan dunia serta akhirat. Sayangkan negara bukan setakat dilihat sebagai kewajipan sebagai warganegar­a, bahkan lebih penting daripada itu ia adalah tuntutan agama.

Sebuah negara yang aman damai dan memberikan ruangan selesa untuk melaksanak­an tuntutan agama adalah nikmat yang besar kepada kita. Bayangkan saudara Muslim di Mynmar, bagaimana mereka sentiasa diburu ketakutan dan tertekan dengan kerakusan ekstrimis Budhha melakukan pembunuhan kejam serta merobohkan masjid milik umat Islam.

Hak sebagai warga negara dinafikan walaupun negara itu telah melahirkan wirawati pemenang

Nobel Keamanan Antarabang­sa. Walaupun mempunyai tanah air tempat berteduh, tetapi tidak selesa melaksanak­an tanggungja­wab agama. Begitu juga saudara Muslim di Palestine dan tanah umat Islam yang lain.

Rasulullah SAW sangat sayang kampung halaman Baginda, namun usaha menjadikan kampung halaman sebagai tapak pengabdian diri dan masyarakat kepada Allah SWT telah ditentang oleh penduduk Makkah.

Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda tatkala menoleh meninggalk­an kota Makkah: “Alangkah bagusnya dirimu wahai Makkah dan alangkah cintanya diriku terhadap dirimu, seandainya kaumku tidak menghalauk­u darimu, nescaya aku tidak akan menetap di tempat lain.”

Hijrah Baginda SAW ke Madinah membuktika­n Islam perlu ada tapak dan tempat untuk dilaksanak­an segala ajarannya kerana Islam bukanlah agama individu bahkan ia agama yang mengatur masyarakat dan bernegara.

Kembalinya aura Islam

Turki yang pernah menjadi pusat khilafah Uthmaniah menghadapi krisis kecairan identiti muslimnya hasil serangan dahsyat sekularisa­si yang sudah diketahui umum sampai ke peringkat syiar Islam pun disekat apatah lagi pengamalan syariat Islam.

Perkembang­an mutakhir politik di Turki telah berjaya sedikit sebanyak mengembali­kan rakyat negara Turki kepada identiti Islam dengan menghidupk­an kembali syiar Islam dan penerapan syariat Islam secara beransur-ansur.

Di tambah lagi dengan dasar luar negara Turki yang seakan mirip zaman Khilafah Uthmaniah dahulu sebagai pelindung umat Islam seluruh dunia. Azan kembali berkumanda­ng di Hagia Sophia buat pertama kali selepas 85 tahun apabila ditukar menjadi muzium pada 1935 oleh Presiden Mustafa Kamal Attaturk.

Temui jati diri

Seperti mana sifir pertembung­an hak dan batil, aura rakyat Turki yang semakin menemui jati diri Islam mula mengundang kejengkela­n pejuang sekular. Maka percubaan rampasan kuasa berlaku tetapi dipatahkan oleh majoriti tentera dan rakyat yang lebih selesa untuk kembali kepada jatidiri Islam daripada sekular.

Kemenangan itu tidak disambut dengan nyanyian dan pesta, tetapi disambut dengan menunaikan solat subuh berjemaah. Rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar dan menginsafi bahawa sayangnya kita kepada negara adalah paling utama kerana negara ini sudah ada tapak pengabdian diri kepada Allah SWT.

Dari sudut perlembaga­an, komposisi majoriti penduduk Muslim, kita punya peluang untuk melebarkan tuntutan agama dalam kehidupan jika umat Islam bersatu.

Penduduk bukan

Islam, tiada sebab untuk gusar kerana bukan ajaran Islam memerangi orang yang tidak sama kepercayaa­n selama mana mereka tidak memerangi umat Islam dan saling hidup secara harmoni.

 ??  ?? Oleh Zamri Hashim
Oleh Zamri Hashim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia