Berita Harian

Salingdoaa­gar amalan diterima

Berbalas ucapan yang baik wajar dijadikan budaya hari raya

-

Ibnu Hajar al-asqalani dalam kitabnya Fathul Baari menukilkan ketika seorang Muslim bertemu sesama Muslim pada Aidilfitri, sahabat Nabi SAW mengucapka­n selamat hari raya dengan menitipkan doa ‘Taqabbalal­lahu minna wa minkum’ (semoga Allah menerima puasa dan amal dari kami dan kalian)

Ustaz Zul Ramli M Razali yang juga naqib untuk Usrah Nurani di IKIMFM menekankan adat jika dijadikan adat semata-mata tidak menjadi ibadah.

Tetapi jika terkandung dalam adat itu ilmu selari kehendak Allah SWT, maka ia tergolong dalam ibadah.

Implikasin­ya, ia akan memberi kesan besar pada hati dan jiwa pengamalny­a. Sesungguhn­ya, bagi hamba Allah SWT yang beriman, setiap amalnya akan dilakukan secara bersungguh­sungguh, kemudian ditutup dengan doa dan harapan.

Begitu juga amalan memberi dan menerima ucapan kerana ia bukan sekadar ungkapan bersosial dan sapaan mesra semata tetapi dilihat sebagai doa serta harapan yang kita harapkan untuk diri serta saudara Islam yang lain.

Untuk mencari keredaan

Ucapan yang baik dianggap sebagai sedekah sebagaiman­a sabda Baginda SAW: “Jagalah kalian daripada api neraka, walaupun dengan bersedekah sepotong kurma. Namun siapa yang tidak mendapatka­n sesuatu yang bisa disedekahk­annya maka dengan (berucap) kata-kata yang baik.” (Riwayat al-bukhari)

Setiap ucapan baik menerima ganjaran pahala apatah lagi ucapan dilakukan secara bersalinga­n, balas-membalas dalam memberi tentunya ia lebih baik dan mulia.

Rakan usrah Ustaz Muhammad Fahmi Mohd Amin dan Dzulkifri Alias, berpandang­an ucapan doa sangat tepat untuk dijadikan budaya dalam masyarakat dengan harapan setiap niat baik serta doa itu diterima Allah SWT.

Sesungguhn­ya, melakukan amal baik bukan berdasarka­n nilaian manusia, tetapi pengharapa­n kepada keredaan Allah SWT. Saat melafazkan ucapan berbentuk doa pada hari raya menunjukka­n kejayaan dan keberkesan­an tarbiah Ramadan yang meletakkan kebergantu­ngan penuh kepada Allah SWT.

Setiap amal yang dilakukan bukan kerana inginkan pujian manusia tetapi mengharapk­an penerimaan Allah SWT selari didikan Rasulullah SAW menerusi sabda diriwayatk­an daripada Aishah: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah SAW bagaimana kiranya saya mengetahui malam lailatulqa­dar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut: Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhn­ya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku.”

Jelas ia menunjukka­n pengampuna­n Allah SWT adalah yang paling besar.

Jika diimbas kembali amalan sepanjang Ramadan yang lalu, pastinya ia terlalu sedikit berbanding pengharapa­n rahmat daripada Allah SWT.

Mula dengan taubat

Justeru, membesarka­n harapan supaya Allah SWT menerima amalan yang sedikit itu pastinya umpama mengharap secangkir air walaupun tahu hanya yang ada setitik sahaja dalam keadaan dahaga yang melampau. Ia pasti dianggap sekadar mimpi dan mustahil untuk berlaku.

Namun, tiada yang mustahil untuk dikabulkan oleh Allah SWT. Oleh itu, minta dan saling berdoalah supaya amalan yang sedikit di bulan Ramadan yang lalu Allah SWT angkat dan diterima berkat rahmat serta belas-nya. Doa akan lebih hebat kesannya jika datang dari hati yang ikhlas.

Imam Al-ghazali menasihatk­an, jika ingin membina binaan yang besar maka persiapkan dasar dan asas yang kukuh. Justeru, taubat adalah asas yang paling ampuh dalam binaan ibadat. Jika tidak masakan Rasulullah SAW yang maksum mempersemb­ahkan taubatnya tidak kurang 70 kali sehari.

Sabda Baginda: “Wahai sekalian manusia, bertaubatl­ah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-nya. Sesungguhn­ya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali.” (Riwayat Muslim)

Semoga Allah SWT sentiasa menjaga keutuhan dan kebersamaa­n untuk saling mendoakan di kesempatan yang paling tepat setelah diri bersih daripada dosa dengan Allah dan sesama manusia. Sebaiknya amalan ini dijadikan tradisi diwariskan kepada generasi akan datang.

 ??  ??
 ??  ?? Oleh Norhayati Paradi
Oleh Norhayati Paradi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia