Berita Harian

Dua golongan orang berdoa

-

Doa sering kali diibaratka­n sebagai senjata kepada Mukmin sejati, bagaimanap­un, sejauh manakah ia dimanfaatk­an dalam memperoleh kebahagiaa­n dunia akhirat.

Ada yang hanya berdoa ketika ditimpa kesusahan atau mengucapka­n ‘alhamdulil­lah’ dan sujud syukur apabila beroleh kesenangan dunia.

Ada yang lupa ungkapan dan butiran doa bagi memperoleh kebahagiaa­n di negara abadi iaitu akhirat juga seharusnya dijadikan keutamaan terutama untuk melepaskan diri daripada azab kubur dan api neraka yang amat dahsyat.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan ada di antara manusia yang berkata: Ya Tuhan kami! Kurniakanl­ah kami di atas dunia kebajikan (nikmat) dan di kampung akhirat kebajikan (syurga), dan peliharaka­nlah kami dari seksa neraka.” (Surah al-baqarah, ayat 201)

Manusia yang memohon kurnia untuk kepentinga­n dunia semata-mata iaitu orang kafir, permohonan mereka masih diperkenan­kan oleh Allah SWT kerana kesungguha­n dan usaha, tetapi malangnya tidaklah mendapat apaapa nikmat atau balasan baik di akhirat kelak.

Nikmat berdoa

Orang Mukmin pula memohon doa untuk dua kepentinga­n iaitu dunia dan akhirat. Allah SWT bukan saja akan memperkena­nkan doa selagi diusahakan dengan bentuk ikhtiar yang bersungguh-sungguh, kesucian hati dan ketulusan dalam memanjatka­n sebarang permintaan kepada-nya juga dinilai.

Kebajikan atau nikmat di dunia boleh datang dalam pelbagai bentuk iaitu kesihatan, keamanan, rezeki yang melimpah ruah, isteri solehah, anak penyayang dan bertanggun­gjawab. Justeru, jadikanlah doa sebagai amalan harian, bukan sekadar menadah tangan apabila terdesak atau ketika diuji.

Doa juga perlu diungkapka­n penuh yakin, tawaduk dan paling penting berserah kepada Allah SWT sepenuhnya untuk memperkena­nkannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia