Berita Harian

Perodua Bezza pembelian berbaloi

Ruang kabin selesa, but besar, harga mampu milik dan jaminan lima tahun

-

Mengguna pakai tagline ‘Melangkaui Kompak’, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) semalam memperkena­lkan kereta sedan sulungnya, Perodua Bezza, seiring program transforma­si syarikat automotif terkemuka tempatan itu.

Direka bentuk sepenuhnya oleh warga Perodua, model Sedan Cekap Tenaga (EEV) ini mengguna pakai 95 peratus kandungan tempatan. Ia adalah hasil kerjasama dan pemindahan teknologi selama beberapa dekad bersama rakan kongsi Perodua, Daihatsu Motor Co Ltd.

Bezza ditawarkan dalam lima varian - Standard 1.0L transmisi manual; 1.0L Automatik; 1.3L Premium X Manual; 1.3L Premium Automatik dan 1.3L Advance, yang dijual pada harga bermula dari RM37,300 hingga RM50,800. Enjin 1.0 liter 1KR-VE VVTI adalah sama dengan enjin Axia, manakala enjin 1.3 liter 1NR-VE dwi VVT-I adalah enjin suntikan langsung baharu yang moden.

Hujung minggu lalu, BH Auto berpeluang memandu uji ringkas model dua varian sedan baharu berkenaan iaitu 1.0L Automatik dan

1.3L Advance di Litar

Ujian Perodua di Sungai Choh, Rawang, Selangor.

Dapat pengiktira­fan

Dari segi penampilan luaran, Bezza berkongsi platform Axia yang sekali gus mempunyai ukuran lebar dan tinggi keseluruha­n yang sama, masing-masing 1,620 milimeter (mm) dan 1,510mm.

Cuma membezakan kedua-dua model berkenaan ialah Bezza mempunyai tambahan ukuran panjang keseluruha­n sebanyak 510mm kepada 4,150mm.

Ini membolehka­n Bezza menawarkan ruangan but seluas 508 liter, iaitu antara terbesar di pasaran.

Sedan sulung Perodua ini juga menawarkan ruang kaki dan kepala yang agak selesa, khususnya untuk saiz purata orang Malaysia mahupun Asia.

Bezza yang juga model transforma­si kedua (selepas Axia) adalah kereta sedia untuk pasaran global dengan varian 1.3L Advance dilengkapi pelbagai ciri keselamata­n moden. Ia juga muncul model Perodua pertama mendapat pengiktira­fan ASEAN NCAP 5-bintang kerana dilengkapi kawalan kestabilan kenderaan (VSC).

Ciri moden lain ditawarkan oleh Bezza khususnya varian 1.3 Liter, termasuk butang tekan menghidup/mematikan

enjin, kunci pintar, peranti sambung mudah alih multimedia, sistem enjin terhenti automatik (eco idle), kawalan tarikan (TRC), sistem bantuan bukit (HSA).

Utama keselesaan

Dari segi keselamata­n, kesemua varian Bezza didatangka­n dengan bantuan brek (BA) dengan sistem brek antikunci (ABS), selain kemudahan ISOFIX untuk kerusi bayi/kanak-kanak.

Jika ada pun ‘kekurangan’ ialah Bezza dilengkapi stereng berkuasa elektrik, sama seperti Axia yang mana ia tidak boleh dilaras mengikut kesesuaian pemandu. Selain itu, tempat duduk belakangny­a sedikit menegak untuk memberi laluan kepada ruangan but yang lebih besar, namun tidak menjejaska­n keselesaan.

Dari segi prestasi, enjin 1.0L 3-silinder adalah enjin sama digunakan pada Axia. Bagi transmisi automatik, ia menjana kuasa maksimum 50kw/6,000rpm dan tork maksimum 91Nm/4,400rpm. Tidak seperti Axia yang bunyi bising enjin agak ketara apabila menekan kuat pedal minyak, model sedan ini tidak begitu kedengaran walaupun pedal minyak ditekan kuat.

Ciri moden

Dari segi pecutan, varian automatik 1.0L juga tidak mengecewak­an, sama ada di laluan biasa atau mendaki bukit di litar ujian, meskipun dengan empat penumpang dewasa.

Bagi Advance 1.3L Automatik yang juga varian paling mewah, ia menjana kuasa maksimum 70kw/6,000rpm dan tork maksimum 121Nm/4,000rpm. Ini menjadikan pemanduan varian ini lebih selesa dan bersahaja, sama ada untuk kuasa pecutan atau mendaki berbukit.

VSC yang dilengkapi pada varian ini juga menambah keyakinan dan keselamata­n pemanduan, terutama ketika mengambil selekoh dan apabila kawalan stereng tidak stabil pada kelajuan tinggi.

Sama ada varian 1.0L atau 1.3L, Bezza yang menampilka­n pelbagai ciri moden terutama ruang kabin selesa dan ruang barang besar, selain harga mampu milik dengan kualiti global serta jaminan lima tahun, sesungguhn­ya ia pembelian berbaloi.

Bezza sesuai bagi mereka yang berhasrat untuk membeli kereta pertama atau menukar kereta sedia ada, khususnya pasangan baharu berkahwin dan keluarga muda.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia