Berita Harian

Benelli anjur konvoi WSBK 2016

Tarik minat pengelu ar tayar Pirelli, pembekal minyak pelincir, Elf

-

Benelli Keeway Motorcycle­s (BKM) Sdn Bhd, selaku pemasang dan pengedar tunggal jenama motosikal Benelli dan Keeway di Malaysia, menganjurk­an konvoi sempena

Kejuaraan Superbike

Dunia (WSBK 2016) yang berlangsun­g di Sepang pada 15 Mei lalu.

Konvoi yang disertai lebih 100 motosikal Benelli yang pemiliknya adalah dari seluruh negara berjaya menarik minat peserta dari pelbagai latar belakang.

Pengurus Kanan Pembanguna­n Perniagaan, Komunikasi dan Hubungan Luar BKM, Wan Najib

Wan Daud berkata, selain Benelli sebagai penganjur, konvoi berkenaan turut menarik minat penaja rasmi BKM iaitu Pirelli selaku pembekal tayar rasmi motosikal Benelli di Malaysia dan Elf selaku pembekal minyak enjin rasmi motosikal Benelli.

Konvoi WSBK 2016 adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh BKM khusus untuk pemilik Benelli di seluruh negara.

Diberikan cenderamat­a

“Semua peserta yang menyertai konvoi ini diberikan pas paddock khas yang membolehka­n mereka semua melalui kawasan paddock pelumba dalam masa yang ditetapkan dan dapat melihat secara dekat persiapan pasukan lumba sebelum memasuki litar,” katanya.

Konvoi berkenaan bermula di hadapan bilik pameran BKM di Jalan Ipoh dengan pendaftara­n mula dibuka seawal jam 7 pagi. Peserta turut diberikan cenderamat­a khas sempena WSBK 2016, selain turut disediakan sarapan pagi.

Tepat jam 8.45 pagi satu acara menandatan­gani perjanjian lanjutan kerjasama antara BKM dengan Elf selaku pembekal rasmi minyak enjin untuk semua motor Benelli dan Keeway bagi tempoh dua tahun.

Majlis itu ditandatan­gani oleh Pengurus Besar BKM, Low Kin Yong dan Pengarah Urusan Total Oil Malaysia, AS Krishnan.

Sebelum konvoi dilepaskan peserta diberikan taklimat khusus berkaitan keselamata­n jalan raya dan asas menunggang secara berkonvoi oleh wakil Balai Trafik Jalan Bandar.

Tatacara perlu diikuti

Tepat jam 9.30 pagi semua peserta dilepaskan dengan diiringi oleh anggota trafik seramai empat orang.

Wan Najib berkata, acara konvoi ini bukan sekadar untuk bersuka ria kerana setiap pergerakan perlu ada tatacara yang perlu diikuti.

“Sedikit sebanyak ia mengajar pemilik motosikal berkuasa tinggi mengetahui tatacara untuk berkonvoi dan menunggang di dalam kumpulan,” katanya.

Selain menyaksika­n perlumbaan WSBK berkenaan, peserta turut berpeluang berkenalan dengan peserta konvoi jenama lain yang sama-sama menganjurk­an acara sebegitu.

Keseluruha­nnya, semua peserta berpuas hati dengan perjalanan konvoi, malah mereka teruja apabila pergerakan motosikal turut diiringi oleh anggota trafik yang mengiringi dari Kuala Lumpur sehingga ke Litar F1 Sepang.

 ??  ?? acara.
acara.
 ??  ?? Peserta mendaftar diri sebelum memulakan
Peserta mendaftar diri sebelum memulakan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia