Berita Harian

Hilang kerana sakit misteri

Bakat besar Harun Hashim terus diingati selepas sedekad menyepi

- Oleh Mohd Aizat Shamsuddin mohdaizat@bh.com.my

Telefilem Pa’e yang disiarkan menerusi slot cerekarama di TV3 sekitar tahun 1998 antara yang terus diingati hingga kini. Selain mengangkat nama pelakon popular, Shaheizy Sam, naskhah itu juga mengingatk­an kepada keberkesan­an lakonan Harun Hashim yang membawa watak sebagai guru.

Dekad 1990-an memperliha­tkan era kegemilang­an dalam karier lakonan Harun apabila tawaran berlakon yang yang diterimany­a tidak pernah putus. Wajahnya sering kali menghiasi drama TV dan lakonannya sering dinantikan penonton.

Beri apa saja watak, sama ada romantik, korporat atau antagonis, semua itu dilunaskan dengan berkesan oleh pelakon yang kini menjangkau usia 60 tahun.

10 tahun berubat

Namun, Harun tiba-tiba menghilang­kan diri daripada dunia lakonan. Lebih 10 tahun pelakon ini berehat kerana berubat selepas berdepan penyakit misteri. Semakin beransur pulih daripada penyakit yang dideritai, Harun kini bersedia untuk kembali aktif berlakon semula.

Kemunculan Harun dalam filem pendek berjudul Kasih Ayah dan keberkesan­an dalam memegang watak sebagai bapa yang menghidap angin ahmar mengembali­kan ingatan penonton terhadap pelakon berbakat besar ini.

“Saya akui apabila ingin kembali aktif, skil lakonan saya sedikit berkarat. Banyak yang perlu saya gilap kembali. Disebabkan faktor usia, agak susah untuk saya mengingati skrip. Namun pengalaman 40 tahun sebagai anak seni membuatkan tidak sukar untuk saya kembali bangkit.

“Menonton TV dan melihat lakonan pelakon lain memberikan banyak idea untuk saya bawakan dalam lakonan. Lebih 10 tahun menyepi, banyak perubahan yang berlaku dalam industri yang perlu saya hadam kembali,” katanya.

Raih semula perhatian

Harun cukup bertuah kerana kemunculan semulanya mendapat perhatian ramai penerbit dan pengarah. Harun berterima kasih kepada pengarah seperti Rashid Sibir dan Ellie Suriaty yang terus mempercaya­i bakat lakonannya.

“Saya diberitahu Rashid meminta kru mencari saya untuk berlakon dalam sebuah telefilem, dua tahun lalu. Melihat kesungguha­n Rashid membuka hati saya untuk menerima tawaran itu. Rashid turut memberi peluang kepada saya untuk beberapa kali muncul dalam drama, Tanah Kubur.

“Alhamdulil­lah, walaupun agak lama menyepi tetapi saya masih terus diingat. Kawan-kawan dalam industri juga banyak membantu saya untuk bangkit kembali. Cuma daya tahan diri belum mengizinka­n untuk saya memenuhi undangan dan tawaran berlakon seperti dulu,” katanya.

Pengalaman 40 tahun sebagai anak seni membuatkan tidak sukar untuk saya kembali bangkit

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia