Berita Harian

10 cap jari jemaah haji direkod

Syarat keselamata­n baharu ditetapkan bagi semua jemaah, termasuk Malaysia berikutan serangan bom di Masjid Nabawi

- Oleh Nurul Amanina Suhaini bhjb@bh.com.my

Kerajaan Arab Saudi menetapkan syarat keselamata­n baharu bagi semua jemaah haji susulan insiden serangan pengganas berhampira­n Masjid Nabawi di Madinah pada 4 Julai lalu.

Ketua Pegawai Operasi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Adi Azuan Abdul Ghani, berkata Arab Saudi menetapkan supaya penggunaan biometrik 10 jari tangan jemaah yang dijadual menunaikan haji mulai tahun ini, direkodkan.

“Sebelum ini, hanya rekodkan cap ibu jari, tetapi Arab Saudi menetapkan syarat baharu dengan biometrik 10 jari jemaah perlu direkodkan. Susulan serangan pengganas baru-baru ini, kami sentiasa berhubung dengan kerajaan Arab Saudi dan konsulat Malaysia di sana untuk mendapatka­n perkembang­an,” katanya.

47 penerbanga­n

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Johor anjuran TH yang disempurna­kan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Stadium Tertutup Pasir Gudang, di sini semalam.

Adi Azuan berkata, seramai 22,320 jemaah haji dari seluruh negara dijadual menunaikan ibadat berkenaan tahun ini menerusi 47 penerbanga­n bermula 4 Ogos hingga 5 September.

Beliau menasihatk­an jemaah agar mematuhi peraturan keluar masuk yang ditetapkan TH bagi memudahkan urusan pemantauan pergerakan dan kawalan keselamata­n mereka sepanjang musim haji tahun ini.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, seramai 2,700 jemaah haji dari Johor, termasuk 400 yang menerima tajaan kerajaan negeri bakal berlepas ke Tanah Suci menerusi 11 penerbanga­n.

 ?? [FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM/BH] ?? Bakal jemaah mengikuti Kursus Perdana Haji 2016 peringkat Johor di Pasir Gudang, Johor.
[FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM/BH] Bakal jemaah mengikuti Kursus Perdana Haji 2016 peringkat Johor di Pasir Gudang, Johor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia