Berita Harian

OP SELAMAT TAK IKUT MUSIM

PDRM tak lagi hadkan operasi ketika perayaan, rancang sepanjang masa

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengkaji untuk mengadakan lebih banyak operasi bersifat komprehens­if dalam usaha mengurangk­an kes kemalangan jalan raya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata operasi seumpama Op Selamat mampu memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya supaya patuh dengan semua peraturan dan undang-undang ditetapkan.

“Kita sedang mengkaji mengadakan operasi seperti Op Selamat dengan lebih kerap, mungkin antara dua perayaan atau mungkin ketika hujung minggu di mana jumlah kenderaan meningkat.

Laksana pelbagai langkah

“PDRM mengambil apa saja langkah yang boleh bagi membantu mengurangk­an jumlah kemalangan di jalan raya dan Op Selamat 9/2016 sempena Aidilfitri lalu membuktika­n penguatkua­saan menyeluruh dijalankan, membuahkan hasil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Penganuger­ahan Surat Penghargaa­n kepada Pengguna Jalan Raya Berhemah dan Kontinjen/daerah Terbaik sempena Op Selamat 9/2016 di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Bukit Aman, Datuk Mohamad Akhir Darus.

Noor Rashid berkata, operasi itu juga akan memberi tumpuan terhadap enam jenis kesalahan serius yang sering dilakukan pengguna jalan raya iaitu memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong garisan berkembar, memotong barisan, tidak patuh lampu isyarat dan menggunaka­n telefon bimbit.

“Sepanjang Op Selamat baru-baru ini, motosikal menjadi penyumbang tertinggi jumlah kemalangan iaitu kira-kira 60 peratus dan bakinya membabitka­n lain-lain kenderaan.

Tingkat kesedaran

“Justeru, kita akan mengambil pendekatan lebih efektif dan bersifat jangka panjang dengan mengadakan pelbagai program kesedaran, pendidikan serta menguatkua­sakan undangunda­ng,” katanya.

Pada majlis itu, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur diumumkan sebagai kontinjen terbaik dalam Op Selamat 9/2016. Empat agensi media termasuk BH turut diberikan sijil penghargaa­n dalam melaporkan berita mengenai operasi berkenaan.

 ?? [FOTO MUHD ASYRAF SAWAL/BH] ?? Noor Rashid (dua dari kanan) beramah mesra bersama penerima surat penghargaa­n di TBS, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MUHD ASYRAF SAWAL/BH] Noor Rashid (dua dari kanan) beramah mesra bersama penerima surat penghargaa­n di TBS, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia