Berita Harian

PEMBELI RUMAH DAPAT MANFAAT

Penurunan OPR kurangkan bayaran bulanan peminjam

- Oleh Shahrizan Salian shahrizan_salian@bh.com.my

Minggu lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) membuat kejutan apabila mengumumka­n kadar dasar semalaman (OPR) yang menjadi penanda aras kadar pinjaman tempatan diturunkan sebanyak 25 mata asas kepada 3 peratus.

Keputusan yang dibuat selepas mengambil kira persekitar­an ekonomi semasa dunia itu diumumkan sebaik mesyuarat Jawatankua­sa Dasar Monetari (MPC) BNM pada 13 Julai lalu berakhir.

Perkembang­an itu sangat tidak diduga kerana walaupun pada ‘cakapcakap’ bahawa BNM perlu menurunkan OPR tahun ini bagi menyokong sasaran pertumbuha­n ekonomi negara, keputusan itu dijangka hanya akan dibuat pada mesyuarat MPC pada September ini.

Penurunan OPR itu sudah pasti akan memberikan impak kepada pasaran hartanah di negara ini. Terlebih dahulu, perlu difahami apakah maksud OPR itu.

Maksud OPR

OPR adalah kadar faedah ditentukan oleh BNM, yang akan dicaj oleh bank pembiaya kepada bank peminjam untuk dana yang dipinjam.

Sumber sesebuah bank diapungkan setiap hari, bergantung kepada aktiviti seperti pengeluara­n dan deposit pelanggan.

Bank meminjamka­n sebanyak dana yang mungkin setiap hari dan dengan cara itulah sesebuah institusi kewangan menjana wang.

Namun, pada penghujung hari perniagaan, bank mungkin mengalami lebihan atau kekurangan dana. Mengikut keperluan BNM, bank perlu memastikan ada sejumlah dana dikekalkan dan disimpan oleh bank setiap hari.

Bank yang mengalami kekurangan dana akan meminjam dana jangka pendek semalaman daripada bank yang mempunyai lebihan atau pun daripada BNM sendiri.

Pembiayaan antara bank ini akan dicaj dengan faedah semalaman yang ditetapkan oleh BNM, bagi menjamin sistem perbankan kekal stabil.

Memandangk­an OPR adalah kadar faedah terendah antara semua kadar, ia akan dicaj hanya antara institusi kewangan dan tidak akan ditawarkan kepada pelanggan.

Peningkata­n atau penurunan OPR seterusnya akan memberi kesan kepada kos pinjaman bank, yang akhirnya memberikan kesan rantaian lain, termasuk kepada sektor hartanah.

Perubahan dalam OPR secara langsung akan mempengaru­hi pinjaman kadar terapung, yang mana bank akan menyelaras­kan kadar pinjaman mereka mengikut julat sama.

Pembeli rumah akan menyaksika­n penguranga­n dalam bayaran bulanan mereka jika bank membuat keputusan untuk mengurangk­an Kadar Asas (BR) sebanyak 0.25 peratus. Justeru, ini akan meningkatk­an kapasiti perbelanja­an bulanan pengguna.

Dilaksana sebelum akhir tahun

Sebagai contoh, tiga buah bank tempatan iaitu Maybank, CIMB Group dan Ambank masing-masing mengumumka­n penurunan BR dan Kadar Pembiayaan Asas (BLR).

Maybank mengurangk­an kadar faedahnya sebanyak 20 mata asas, menyaksika­n BR bank itu berada pada 3.00 peratus manakala BLR 6.65 peratus. CIMB Bank dan Ambank juga mengurangk­an kadar faedah sebanyak 20 mataasas.

Justeru, kadar faedah bagi pinjaman kadar terapung sedia ada akan diselarask­an manakala pinjaman baharu akan mengikuti kadar semasa.

Ahli Ekonomi Hong Leong Investment Bank Research (HLIB Research), Sia Ket Ee, berkata pemotongan OPR berikutnya dan pelonggara­n dasar pasaran hartanah mungkin boleh berlaku sebelum akhir tahun ini, berdasarka­n kenyataan bank pusat bahawa risiko kepada kestabilan kewangan sudah berkuranga­n.

“Walaupun kadar faedah dilihat bukan keutamaan dalam mesyuarat MPC akan datang berdasarka­n temu bual bersama Gabenor BNM baru-baru ini, kami menjangkak­an bank pusat bersedia untuk menyokong pertumbuha­n domestik melalui pelonggara­n monetari.

“Kami tidak menolak kemungkina­n pemotongan OPR berikutnya serta pelonggara­n dasar hartanah sebelum akhir tahun ini, khususnya selepas BNM menyatakan risiko kepada kestabilan kewangan sudah semakin reda,” katanya.

Pengarah Eksekutif RHB Banking Group, U Chen Hock berkata, peminjam baharu dan sedia ada akan mendapat manfaat daripada kos pinjaman lebih rendah bagi pinjaman kadar terapung.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Penurunan OPR bolehkan kadar faedah pinjaman perumahan dikurangka­n.
[ FOTO HIASAN ] Penurunan OPR bolehkan kadar faedah pinjaman perumahan dikurangka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia