Berita Harian

Rumah tangga Along, Zila bergelora

Sudah beberapa bulan tak tinggal sebumbung

- Raja Mawar Nurfatimah Mohamed rajamawar@bh.com.my

Sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari! Di sebalik kebahagiaa­n rumah tangga artis komedi dan pengacara, Along Cham, 33, dan isterinya, Zila Seeron, 28, sebenarnya mendung sedang berarak menyelubun­gi. Ada pihak mendakwa rumah tangga mereka kini berantakan dan sukar diselamatk­an.

Selama enam tahun melayari bahtera, Along dan Zila dikurniaka­n cahaya mata lelaki, Ahmad Danial yang berusia lima tahun. Pasangan itu berkahwin atas dasar cinta pada 23 Januari 2010.

Memang terkejut mendengar khabar angin yang bertiup kencang memaklumka­n Along dan Zila dalam proses perceraian. Mereka dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.

Sebenarnya, Raja tertanya-tanya dengan sikap dingin Along apabila mesej dan panggilan tidak dijawab sejak akhir-akhir ini. Macam ada sesuatu yang disembunyi­kan. Rupa-rupanya Along sedang berdepan dengan ketegangan konflik rumah tangga.

Tiada gambar bersama

Raja perhatikan sudah lama Along mahupun Zila tidak memuatkan gambar bersama di laman sosial, Instagram (IG). Ketika Aidilfitri lalu, ucapan selamat hari raya dalam IG pun hanya gambar Along dan anaknya, Ahmad Danial. Dari situ menimbulka­n tanda tanya, apa sudah jadi dengan rumah tangga mereka?

Sumber memberitah­u Raja, rumah tangga Along dan Zila mula bergelora selepas Along selesai program Maharaja Lawak Mega 2016.

Kenapa dan mengapa, biarlah Raja simpan saja rahsia mereka.

Apa yang didengar belum tentu sahih,

Raja mahu penjelasan empunya badan dulu.

Khabarnya, kemuncak rumah tangga mereka apabila Zila pulang ke kampung membawa anak tanpa keizinan Along. Disebabkan masih sayang terhadap rumah tangganya, Along datang memujuk Zila di kampung. Persengket­aan mereka bukan isu besar hingga nak bercerai-berai.

Cari ketenangan

Bagaimanap­un, Zila didakwa berubah sikap dan berkeras tidak mahu mengikut. Alasannya mahu mencari ketenangan di kampung. Dia mengizinka­n Ahmad Danial dibawa pulang dan dipelihara Along.

Tuhan Maha Kuasa, gerak hati suami terhadap perubahan sikap isterinya nyata mengejutka­n. Along dapat mengintip pergerakan Zila dan apa yang diinginkan sebenarnya adalah kebebasan. Sumber itu mendakwa, Zila bebas ke hulu hilir tanpa memikirkan status diri masih seorang isteri dan ibu.

Hati mana tidak kecewa apabila tahu perbuatan isterinya itu. Khabarnya, sudah dua kali mereka turun naik mahkamah untuk proses perceraian itu.

Along diminta berpindah

Bagaimanap­un, bagai jatuh ditimpa tangga, seorang artis yang menyewakan rumahnya kepada Along selama bertahun-tahun minta Along berpindah secara tiba-tiba sebelum hujung bulan ini.

Tak tahulah apa yang merasuk artis berkenaan. Mereka berkawan bukan sehari dua tetapi berbelas-belas tahun. Tidak tahu apa yang membuatnya berubah sikap hingga sanggup menghalau teman baik sendiri keluar rumah. Kalau tak suka Along sekalipun, pandanglah muka Ahmad Danial...

Raja dengar Along terlalu sedih dengan apa yang menimpanya dan membawa diri dengan berpindah ke Johor Bahru. Anaknya pula dijaga ibunya dan bersekolah di sana. Sama ada, Along nak terus aktif sebagai pelawak dan pengacara, itu Raja tidak pasti. Ada yang mengatakan Along tidak mahu lagi jadi artis...

Dari kejauhan ini, Raja mendoakan semoga Allah SWT melindungi dan memberi kehidupan yang lebih baik serta membahagia­kan Along dan Ahmad Danial. Meruntun hati mendengar kisah Along...

 ??  ??
 ??  ?? RAJA: Ketika senang diri dipuja, ketika susah dibuang seperti kain buruk. Inilah penyakit manusia yang mudah lupa diri!
RAJA: Ketika senang diri dipuja, ketika susah dibuang seperti kain buruk. Inilah penyakit manusia yang mudah lupa diri!
 ??  ??
 ??  ?? Along bersama Zila dan anak ketika masih bahagia.
Along bersama Zila dan anak ketika masih bahagia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia