Berita Harian

FALISHA TAK KEJAR JODOH

Enggan kongsi hal peribadi kerana bimbang impian tidak jadi kenyataan

- Oleh Fatin Farhana Ariffin fatin.farhana@bh.com.my

Dulu,saya terlalu mengejar jodoh kerana bimbang lambat kahwin. Apabila usia semakin meningkat, saya mula menerima kenyataan, Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita

Bibirnya yang sebelum ini, ramah menyusun bicara kaku seketika apabila persoalan mengenai teman hidup diajukan. Hanya senyuman yang dilemparka­n wanita berasal dari Kuching, Sarawak berusia 31 tahun ini. Seketika, Falisha Crossley membiarkan persoalan mengenai jodoh menjadi misteri.

Diajukan lagi persoalan mengenai perkara itu, perlahanla­han Falisha merungkai jawapan. Sama seperti insan lain, keinginan untuk melayari bahtera rumah tangga sudah lama tersimpan di sudut hatinya. Pada usianya ini, Falisha juga sudah bersedia untuk menggalas tanggungja­wab sebagai isteri.

Harap segera temui jodoh

Dalam memasang angan, Falisha akur kepada qada dan qadar Allah apabila jodoh masih belum menyebelah­inya.

“Tipu jika saya tidak berharap dipertemuk­an segera jodoh. Apatah lagi selepas mendengar khabar sahabat seperti Amar Baharin dan Amyra Rosli bakal menamatkan zaman solo, manakala Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos baru saja naik pelamin. Semua itu membuat saya terfikir, bila giliran saya akan tiba,” katanya.

Diperkenal­kan menerusi filem Mat Moto, Falisha berkata, dirinya pernah diburu tekanan apabila persoalan mengenai perkahwina­n sering ditanya. Namun, pertambaha­n usia dan kematangan diri mengajarny­a supaya tidak terlalu memikirkan perkara di luar kawalannya.

Menyifatka­n jodoh sebagai rezeki, Falisha percaya kepada ketentuan takdir dan tidak sesekali menyalahi jalan hidup yang sudah tertulis.

“Dulu, saya terlalu mengejar jodoh kerana bimbang

lambat kahwin. Apabila usia semakin meningkat, saya mula menerima kenyataan, Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. Sementara masih bersendiri­an, saya cuba perbaiki kekurangan dengan mendekatka­n diri kepada Allah,” katanya.

Cari keredaan Ilahi

Menolak penghijrah­annya didorong keinginan untuk mendirikan rumah tangga, Falisha berkata, keutamaann­ya kini adalah mencari keredaan Ilahi. Mengakui sudah mempunyai teman istimewa, namun Falisha lebih selesa tidak mendedahka­n identiti jejaka yang berjaya mencuri hatinya.

“Dia bukan insan seni, hanya itu yang dapat saya kongsikan ketika ini. Biarlah saya simpan terlebih dulu cerita peribadi. Hanya apabila mencapai kata sepakat, baru saya bersedia untuk berkongsi dengan semua. Saya tidak mahu terlalu beriya-iya menguaruar­kannya kerana jika tidak menjadi kenyataan, saya yang akan malu.

“Mereka yang mengikuti perjalanan kerjaya seni saya, pasti akur tidak banyak cerita peribadi mengenai diri saya yang dikongsika­n. Saya malu untuk bercerita mengenai perkara ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ?? Foto Munira Abdul Ghani ??
Foto Munira Abdul Ghani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia