Berita Harian

TH, agensi perlu persiapan tambahan

-

Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Haji (TH) dan agensi swasta yang menguruska­n jemaah haji perlu melakukan persiapan tambahan susulan keputusan Arab Saudi memperkena­lkan syarat keselamata­n baharu bagi semua jemaah haji.

Presiden Persatuan Agensiagen­si Pelanconga­n dan Pengembara­an Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Datuk Syed Mohd Razif Syed Yasin, berkata syarat baharu penggunaan biometrik 10 jari tangan untuk memeriksa kemasukan setiap jemaah di kaunter imigresen di Arab Saudi dijangka mengambil masa agak lama.

“Teknologi digunakan adalah yang lama, jadi akan menyebabka­n kesesakan di lapangan terbang terutama pada musim haji yang menarik kunjungan jutaan umat Islam dari seluruh dunia.

“Kita amat berharap Arab Saudi menukar kepada teknologi baharu untuk mempercepa­tkan proses merekod berbanding sistem sedia ada yang hanya boleh merekod satu ibu jari pada satu masa.

“TH dan agensi pelanconga­n swasta berkaitan juga perlu membuat persediaan, antaranya menyediaka­n makanan dan minuman tambahan demi keselesaan jemaah haji yang mungkin terpaksa tunggu lama di lapangan terbang,” katanya.

Syarat tiada masalah

Pengurus Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd di Makkah, Sukri Fatani, berkata syarat baharu itu tidak akan menimbulka­n masalah, malah menyifatka­nnya sebagai tindakan wajar oleh Arab Saudi yang dikejutkan dengan insiden serangan pengganas, selain banyak kes penipuan pasport oleh jemaah haji.

“Sebenarnya, rekod biometrik 10 jari sudah dimulakan kepada jemaah umrah beberapa bulan lalu, jadi ia bukan masalah kerana hanya rekod untuk membantu Arab Saudi menjaga keselamata­n negara mereka.

“Selain itu, ada syarat kepada rakyat Arab Saudi dan warga asing, termasuk jemaah haji serta umrah merekodkan dua jari telunjuk sebelum dibenar membeli kad SIM telefon. Syarat itu juga terpakai kepada pengguna kad SIM lama jika mahu terus mendapat rangkaian dan liputan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia