Berita Harian

Hantar guru bahasa Melayu ke Sri Lanka

TPM lihat cadangan mampu perkukuh hubungan sesama ummah

-

Malaysia akan mempertimb­angkan penghantar­an guru pakar bahasa Melayu ke Sri Lanka supaya bahasa berkenaan dapat dihidupkan semula di negara Asia Selatan ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri, berkata cadangan itu dikemukaka­n perwakilan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Sri Lanka pada pertemuan dengan beliau, di sini, semalam kerana sebahagian masyarakat berketurun­an Melayu yang bermastaut­in di negara ini sudah tidak lagi fasih berbahasa Melayu.

“Saya melihat cadangan itu juga secara tidak langsung dapat memartabat­kan bahasa Melayu serta memperkuku­hkan hubungan sesama umat Islam,” katanya kepada wakil media Malaysia pada akhir lawatan kerjanya ke Sri Lanka, semalam.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Sri Lanka, Maithripal­a Sirisena.

Pertemuan tertutup hampir 35 minit itu diadakan di kediaman rasmi Presiden Sri Lanka di Mahagama Sekara Mawatha.

Beliau berkata, DMDI Sri Lanka memaklumka­n ada kira-kira 70,000 umat Islam dan Melayu dari Malaysia menetap di negara ini sejak tiga abad lalu.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan turut berbincang dengan Kementeria­n Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) serta pertubuhan bukan kerajaan berkaitan pengajaran bahasa Melayu untuk sama-sama bantu mengembang­kan bahasa Melayu di Sri Lanka.

Sumbangan RM400,000

Timbalan Perdana Menteri turut mengumumka­n sumbangan AS$100,00 (RM400,000) daripada sebuah yayasan kepada DMDI Sri Lanka, antara lain bagi membantu menjayakan pembinaan sebuah Pusat Islam dan Melayu di Colombo.

Dalam perkembang­an lain, Ahmad Zahid berkata, Malaysia akan memperhalu­si cadangan Sri Lanka supaya Kuala Lumpur turut menganggot­ai Kaukus Ekonomi Telok Bengal bagi merancakka­n pembanguna­n ekonomi di rantau ini.

Ketika berucap pada majlis makan malam Diaspora Malaysia di Sri Lanka dan Rakan Malaysia malam kelmarin, Timbalan Perdana Menteri mahu Pejabat Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia di Sri Lanka memainkan peranan memberi penerangan kepada pelabur Malaysia mengenai peluang perniagaan di negara ini.

Beliau turut menekankan mengenai hubungan diplomatik kukuh antara Malaysia dan Sri Lanka yang mencecah 60 tahun pada 2017, selain mengumumka­n Sirisena dijadual melawat Malaysia pada Disember ini.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Ahmad Zahid beramah mesra dengan Ranil Wickremesi­nghe ketika kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Sri Lanka itu di kediaman rasminya di Temple Tree, semalam.
[FOTO BERNAMA] Ahmad Zahid beramah mesra dengan Ranil Wickremesi­nghe ketika kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Sri Lanka itu di kediaman rasminya di Temple Tree, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia