Berita Harian

Malaysia dipelawa sertai NPDI

Tokyo sifatkan kita calon terbaik perkukuh agenda cegah senjata nuklear

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim

Malaysia dipelawa menjadi negara anggota ke-13 dalam Inisiatif Gencatan dan Pengawalan Senjata Nuklear (NPDI) yang ditubuhkan sejak 2010.

Duta Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa, menyifatka­n Malaysia adalah calon terbaik untuk mengukuhka­n agenda NPDI kerana sentiasa mengamalka­n kesederhan­aan dalam sebarang penyelesai­an konflik.

Katanya, Malaysia sebagai negara yang memiliki masyarakat berbilang bangsa menggunaka­n saluran rundingan dan dialog sebagai pentas meraikan perbezaan, selain merungkai pelbagai isu menerusi perbincang­an secara ilmiah.

Elak guna kekerasan

“Ini nilai yang ingin NPDI ketengahka­n kepada masyarakat antarabang­sa, terutama negara bergolak supaya tidak menggunaka­n senjata nuklear atau kekerasan untuk menyelesai­kan konflik.

“Kita perlu belajar daripada peristiwa hitam dialami Hiroshima dan Nagasaki yang dibedil bom atom oleh tentera Amerika Syarikat.

“Walaupun 71 tahun sudah berlalu, kesan bom atom yang mengorbank­an 220,000 orang di Hiroshima dan Nagasaki itu masih terasa hingga kini,” katanya selepas menghadiri syarahan bertajuk ‘Dari Hiroshima ke Dunia Kita Tanpa Senjata Nuklear’ di sini, semalam.

Antara panel undangan syarahan itu adalah Datuk Bandar Hiroshima, Kazumi Matsui; Presiden Persatuan Universiti Antarabang­sa, Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak; pensyarah Fizik dari Universiti Malaya, Dr Wan Haliza Abd Majid dan Pengantara Belia untuk Dunia Tanpa Senjata Nuklear, Erique Phang Li-onn.

NPDI ialah gabungan 12 negara iaitu Jepun, Australia, Kanada, Chile, Jerman, Mexico, Belanda, Nigeria, Filipina, Poland, Turki dan Emiriah Arab Bersatu yang ditubuhkan menerusi rangka kerja Perjanjian Membendung Penularan Senjata Nuklear (NPT).

Pendidikan ancaman nuklear

Sementara itu, Matsui berkata, usaha membasmi penggunaan senjata nuklear, terutama dalam peperangan antara negara bergolak perlu diterajui golongan belia.

Beliau berkata, pendidikan mengenai ancaman penggunaan dan pembanguna­n nuklear sebagai senjata perlu diketengah­kan dalam kurikulum sekolah bagi memastikan generasi pelapis sedar bahaya bahan kimia itu.

“Mereka perlu dididik mengenai ancaman nuklear, selain mengkaji kesannya daripada sejarah Hiroshima dan Nagasaki bagi memastikan peristiwa hitam ini tidak berulang,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia