Berita Harian

Kaji semula pendidikan agama kekang ekstremism­e

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak melihat wujudnya keperluan mengkaji semula pendidikan agama di beberapa institusi bagi mengenal pasti kelemahan yang mendorong individu tertentu terbabit dengan kegiatan ekstremism­e.

Perdana Menteri berkata, didikan agama tidak berpaksika­n sumber utama al-quran dan sunah, sebaliknya berasaskan tafsiran sendiri menyebabka­n ramai yang terpengaru­h dengan ideologi songsang pengganas IS yang jauh tersasar daripada ajaran Rasulullah SAW.

Pentingkan keamanan

“Islam adalah agama yang mementingk­an keamanan, jadi mengapa mereka ini membunuh? Adakah didikan agama (di sesetengah institusi) benar-benar berpanduka­n al-quran dan sunah?

“Kita perlu memastikan didikan agama benar-benar berkesan supaya bukan sahaja untuk membendung pengaruh songsang IS, kita juga dapat melahirkan ummah yang lebih maju dan berdaya saing,” katanya dalam entri terbaru yang dimuat naik di laman sosial rasmi termasuk di blog Najibrazak.com serta Facebook, semalam.

Perdana Menteri berkata, mutakhir ini berlaku serangan pengganas IS di serata dunia termasuk di negara ini dan baru-baru ini, didapati penculik Abu Sayyaf di selatan Thailand turut mempunyai kaitan dengan IS.

Beliau berkata, kegiatan ekstremism­e perlu ditangani pada peringkat akar umbi kerana usaha pasukan keselamata­n tidak mencukupi untuk mengekang kemaraan IS. Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia