Berita Harian

AS belum minta bukti failkan saman sivil

Malaysia sedia beri kerjasama siasatan selaras protokol antarabang­sa

-

Malaysia belum menerima sebarang permintaan dari Amerika Syarikat (AS) bagi mendapatka­n maklumat atau bukti untuk memfailkan saman sivil mendapatka­n kembali aset yang dikatakan dikaitkan dengan 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB).

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata perkara itu dinyatakan dalam pertemuann­ya dengan Duta AS ke Malaysia, Joseph Y Yun di Kementeria­n Luar di Putrajaya, semalam.

Pertemuan itu diadakan susulan sidang media oleh Peguam Negara AS pada 20 Julai lalu mengenai tindakan memfailkan saman sivil.

“Bagaimanap­un, Malaysia bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan mana-mana siasatan ke atas syarikat Malaysia selaras dengan protokol antarabang­sa asalkan Malaysia dan Amerika Syarikat bekerjasam­a dalam perkara ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Hargai hubungan dua hala

Katanya, Malaysia menghargai hubungan dua halanya dengan AS dan meminta negara itu memperakui pelbagai langkah yang diambil oleh Kerajaan Malaysia bagi menangani isu 1MDB.

Sementara itu, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahka­n ia menjalin kerjasama dengan Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) AS berhubung siasatan terhadap 1MDB.

Bagaimanap­un, kerjasama itu hanya ditumpukan kepada kemungkina­n perbuatan penyelewen­gan dan pengubahan wang haram oleh seorang ahli perniagaan yang dikatakan menipu 1MDB.

SPRM, FBI kerjasama

“Berhubung laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS mengenai 1MDB, SPRM mengesahka­n menjalinka­n kerjasama dengan FBI.

“Kedua-dua pihak mempunyai hubungan kerjasama yang lama sebelum ini,” kata SPRM dalam kenyataan di sini, semalam.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan berkata kerajaan memandang serius saman sivil berkaitan dana 1MDB yang dikemukaka­n DOJ.

Katanya, perkara itu adalah tindakan sivil dan bukannya tindakan jenayah, selain ia terhad kepada nama-nama yang sudah disebutkan dalam dokumen DOJ itu.

Najib berkata kerajaan akan memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada semua badan siasatan antarabang­sa. Menteri Luar

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia