Berita Harian

Negara luar tak dihalang jalan siasatan

-

Kuala Lumpur: Negara luar mempunyai hak untuk menjalanka­n siasatan terhadap 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), jika pelbagai aset didakwa ada kaitan dengan negara terbabit, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein.

Sehubungan itu, katanya, negara terbabit boleh membantu dan mengenal pasti individu menyalahgu­nakan dana 1MDB untuk dibawa ke muka pengadilan.

“Tidak menjadi penghalang kepada negara seperti Amerika Syarikat (AS), Switzerlan­d dan Singapura menyelesai­kan masalah yang timbul membabitka­n 1MDB kerana ia mempunyai kaitan dengan mereka.

“Malah, sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah menyatakan tiada siapa boleh meletakkan diri mereka melebihi undang-undang sedia ada,” katanya pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di sini, semalam.

Selain itu, katanya, menjadi lumrah untuk pembangkan­g mempolitik­kan isu seperti 1MDB termasuk cadangan mengadakan sidang tergempar dan perhimpuna­n jalanan.

“Kita berpendapa­t masalah yang timbul ini perlu ditangani dengan serius bagi meyakinkan rakyat,” katanya.

Di Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, meminta semua pihak tidak mempolitik­kan isu laporan DOJ mengenai 1MDB, kerana ia hanya membabitka­n tindakan sivil dan bukan berkaitan jenayah.

Katanya, tindakan sivil DOJ hanya untuk menentukan punca sumber sebenar aset yang disita.

Batu Pahat,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia