Berita Harian

Guan Eng akui bimbang kena penjara

PRN secepat mungkin untuk melihat sama ada rakyat masih mahu beri mandat

- Oleh Khairul Azran Hussin, Muhammad Yusri Muzamir dan Nur Izzati Mohamad

Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengakui cadangan mengadakan pilihan raya negeri (PRN) tergempar di Pulau Pinang adalah kerana beliau bimbang kemungkina­n dipenjarak­an atas tuduhan rasuah.

Setiausaha Agung DAP itu memberi alasan PRN perlu diadakan secepat mungkin untuk melihat sama ada rakyat masih mahu memberi mandat kepada DAP mentadbir Pulau Pinang.

“Kita tidak mahu tunggu pilihan raya umum (PRU) yang mungkin pada 2018, tidak mahu pentadbira­n kerajaan negeri terganggu jika saya dipenjarak­an ketika atau hampir dengan tempoh PRU,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Guan Eng turut menegaskan individu yang bakal menyandang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang jika beliau dipenjarak­an, tidak akan dipilih daripada ‘Dinasti Lim’.

Sementara itu, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin, berkata barisan kepemimpin­an PKR memerlukan masa untuk berbincang mengenai cadangan DAP mengadakan PRN kerana keputusan tidak boleh dicapai dengan hanya mengambil kira pandangan pemimpin atasan sahaja.

“Selepas pertemuan bersama DAP baru-baru ini, pucuk pimpinan PKR masih berbincang mengenai isu ini dan ia akan berterusan selagi tidak mendapat kata sepakat,” katanya.

PRN tetap diadakan Shah Alam,

Di Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengakui Jawatankua­sa Eksekutif Pusat DAP sudah memutuskan PRN akan tetap diadakan, berkata Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR akan mengadakan perbincang­an mengenai isu terbabit dalam masa terdekat.

“Sudah tentu (akan ada PRN), itu keputusan CEC (DAP), tetapi berlandask­an kepada semangat Pakatan Harapan, kami akan terus berbincang,” katanya sambil menambah, semua isu berbangkit boleh diselesaik­an menerusi rundingan.

Kelmarin BH melaporkan, kegagalan DAP dan PKR mencapai kata sepakat mengenai pembahagia­n kerusi menyebabka­n rancangan membubarka­n DUN Pulau Pinang yang sepatutnya dibuat Rabu lalu terbantut.

 ??  ?? Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia