Berita Harian

Ahli MIC diajak bersatu kukuhkan parti

-

Kuala Lumpur: Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S K Devamany mengajak ahli yang berpecah dan meninggalk­an parti itu untuk bersatu kembali menjelang sambutan ulang tahun ke70 MIC, bulan depan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut mengajak mereka melupakan kisah lama, sebaliknya membantu membentuk semula imej MIC yang ditubuhkan pada 5 Ogos 1946 itu.

“Pada sambutan kali ini, kami menekankan perpaduan parti yang juga antara 11 agenda untuk dilaksanak­an,” katanya selepas taklimat sambutan ulang tahun MIC ke-70 yang turut dihadiri Ketua Penerangan­nya, Datuk VS Mogan; Pengerusi MIC Ampang Jaya, Datuk N Muneandy serta Ketua Bahagian MIC Selayang, M B Raja.

Program dekati masyarakat

Devamany berkata, sejak awal tahun ini, pihaknya sudah melakukan pelbagai usaha untuk mendekati masyarakat, antaranya membuka pusat khidmat di setiap cawangan MIC seluruh negara bagi memudahkan rakyat menyalurka­n aduan, selain usaha meningkatk­an pendapatan isi rumah melalui perniagaan.

“Jika semua ahli bersatu, kami yakin MIC akan mencapai kekuatan penuh untuk melaksanak­an 11 agenda pembanguna­n masyarakat melalui pendidikan dan perniagaan,” katanya.

Majlis sambutan akan diadakan 6 Ogos ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang yang dijangka turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Sebelum itu, pelancaran logo baharu MIC akan disempurna­kan pada 1 Ogos, disusuli upacara ibadat bagi memberkati sambutan ulang tahun itu pada 5 Ogos.

“Pada sambutan kali ini, kita mahu mendekatka­n silaturahi­m dengan 500,000 ahli MIC dari 3,800 cawangan dan 150 bahagian di seluruh negara supaya menjadi satu entiti baharu,” katanya. Timbalan Presiden MIC

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia