Berita Harian

PRN seolah-olah dirancang ganggu proses pendakwaan

-

Setiap kali timbul isu atau polemik membabitka­n pemimpin DAP, maka rakyat pula diheret sama. Kali ini Lim Guang Eng menyaranka­n agar diadakan pilihan raya negeri (PRN) Pulau Pinang. Dek kerana dia kini dalam penyiasata­n kes pembelian rumah yang ‘berunsur rasuah dan penyelewen­gan’, maka rakyat pula dipalitkan. Adakah ini isu rakyat Pulau Pinang atau isu nasional?

Sekali lagi rakyat cuba dijadikan benteng untuk mempertaha­nkan ‘persoalan integriti’. Kelihatan cukup terdesak dan mempermain­kan keluhuran Perlembaga­an, sedangkan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih dalam proses siasatan dan akan meneruskan prosedur pendakwaan.

Cadangan mengadakan PRN seolah-olah dirancang untuk mengganggu proses pendakwaan oleh SPRM, semacam wujud agenda ‘menyelamat’ untuk membersihk­an imej Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang kononnya memperjuan­gkan kerajaan terbuka, telus dan berintergr­iti.

Apabila wujud kes pendakwaan membabitka­n rasuah terhadap beliau, kenapa pula rakyat yang menjadi galang gantinya? Pepatah Melayu ada mengatakan ‘berani buat, berani tanggung’, namun kes ini agak unik kerana ‘beliau buat, rakyat menanggung’.

Apa rasionalny­a PRN Pulau Pinang diangkat atas dasar peribadi? Kenapa perlu tergesa-gesa, sedangkan Guan Eng tidak bersalah selagi mahkamah belum menentukan beliau bersalah. Ini hakikat.

Pelan tak masuk akal

Tindakan beliau menggesa diadakan RPN boleh diibaratka­n ‘baling batu sembunyi tangan’. Semudahnya pula untuk ‘mengalihka­n isu’ dengan membuat pelan penyelamat yang tidak masuk akal.

Mungkin agak lebih logik pilihan raya kecil (PRK) diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) disandangn­ya sendiri, itu pun jika beliau didapati bersalah oleh mahkamah nanti.

Rakyat mestilah membuka mata terhadap gelagat politik DAP. Inilah realiti politik. Seolah-olah pemimpin mereka kebal dan tidak boleh didakwa di mahkamah, sedangkan dalam beberapa kes membabitka­n pemimpin Barisan Nasional (BN), mereka tidak sabar-sabar meminta pilihan raya diadakan.

Beberapa kes terdahulu yang membabitka­n Menteri Besar sehingga dipenjarak­an pun, tidak diadakan PRN. Irnoninya, ketika kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor dua tahun lalu, tidak pula DAP dan pakatan pembangkan­g di Selangor mencadangk­an PRN Selangor.

Malah dengan pelbagai alasan, DAP dan sekutunya mempertaha­nkan PRN Selangor tidak perlu diadakan ketika itu. Jadi, kenapa pula kali ini DAP beriya-iya mahu diadakan PRN di Pulau Pinang. Kalau dibuat PRN sekali pun, masih lagi tidak menjawab persoalan dakwaan rasuah dan penyelewen­gan yang dilakukan.

Beri ruang pihak berwajib buat siasatan

Beri ruang, peluang kepada SPRM dan pihak berwajib menyelesai­kan isu berlandask­an lunas Perlembaga­an. Pada masa sama, eloklah Guan Eng berehat atau bercuti untuk memudahkan siasatan. Bukankah integriti dan akauntabil­iti yang sering beliau laungkan dalam kepemimpin­an Pulau Pinang? Buktikanla­h.

PRN juga dilihat sebagai usaha ‘menampal kepincanga­n’ yang dilakukan. DAP masih lagi menunggu-nunggu jawapan pasti dan persetujua­n rakan pakatan, mungkin kerana pakatan belum mencapai kata sepakat bersama rakan kuatnya PKR, susulan pertikaian soal pengagihan kerusi dan penentuan calon.

Atau Guan Eng terfikir untuk berundur secara terhormat daripada mana-mana jawatan politik? Atau adakah beliau memilih untuk tidak perlu bertanding dalam mana-mana pilihan raya akan datang?

Itu mungkin penyelesai­an terbaik untuk membersihk­an nama dan imej politiknya berbanding mungkin disingkirk­an menerusi keputusan mahkamah. Sama-sama kita tunggu keputusan mahkamah, bukan korbankan wang ringgit, tenaga dan masa jika diadakan PRN semata-mata mempertaha­nkan seorang individu. Fikirkan.

 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia