Berita Harian

IMR diarah kaji jenis bakteria pesakit difteria

6mangsa terbaharu dikesan sudah dapat imunisasi lengkap

- Oleh Magendran Rajagopal

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramania­m sudah mengarahka­n Institut Penyelidik­an Perubatan (IMR) mengkaji bakteria daripada semua pesakit difteria secara terperinci untuk melihat sama ada ia jenis yang baharu atau sebaliknya.

Beliau berkata, langkah ini susulan enam daripada sembilan mangsa kes difteria terbaru yang dikesan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kedah membabitka­n mereka yang sudah mendapat imunisasi difteria lengkap.

Katanya, perkembang­an terbaru itu sangat membimbang­kan dan meminta semua doktor di hospital, klinik awam atau swasta perlu lebih prihatin serta peka terhadap simptom difteria seperti sakit tekak dan batuk.

“Bagi tempoh 18 Julai hingga semalam (kelmarin), sembilan kes difteria dilaporkan iaitu enam di Negeri Sembilan, dua di Pulau Pinang dan satu kes di Kedah membabitka­n mangsa berumur dalam lingkungan 8 hingga 50 tahun.

Bakteria jenis baharu atau sebaliknya

“Paling mengejutka­n apabila enam daripadany­a sudah mendapat imunisasi difteria lengkap. Jadi, saya sudah arahkan IMR mengkaji bakteria daripada semua pesakit secara terperinci untuk melihat sama ada kita berdepan jenis yang baharu atau sebaliknya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Persidanga­n Rangkaian Pembelajar­an Bersama bagi Liputan Kesihatan Sejagat, di sini, semalam.

Sebanyak 24 kes difteria dengan lima kematian dikesan berlaku di seluruh negara sehingga kini termasuk masingmasi­ng satu kes baharu di Selangor dan Perak serta dua kes di Pulau Pinang.

Dr Subramania­m berkata, jika pesakit tidak menunjukka­n tanda beransur sembuh selepas menerima rawatan awal, mereka perlu segera dihantar ke hospital bagi membolehka­n rawatan lanjut diberikan.

“Memandangk­an difteria sangat responsif kepada antibiotik, rawatan awal perlu diberi untuk mengelak sebarang komplikasi lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan semalam, berkata orang dewasa dan kanak-kanak yang pernah mendapat vaksinasi lengkap masih boleh dijangkiti bakteria itu.

“Namun, gejala dialami mereka adalah ringan dan risiko komplikasi akibat toksin dihasilkan bakteria berkenaan adalah rendah. Semua kes membawa maut dan menunjukka­n gejala serius membabitka­n mereka yang tidak mendapat pelalian atau pelalian tidak lengkap, khususnya kanak-kanak.

Bawa anak terima pelalian

“Justeru, saya meminta ibu bapa membawa anak yang belum menerima pelalian atau belum lengkap, ke mana-mana klinik berhampira­n segera bagi memastikan anak dilindungi daripada jangkitan ini.

“Kakitangan kesihatan dan perubatan yang merawat pesakit pula harus mengamalka­n kebersihan diri termasuk memakai alat perlindung­an diri khususnya topeng mulut dan hidung, selain membasuh tangan selepas merawat pesakit,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, orang ramai yang mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan juga dinasihat memakai topeng mulut dan hidung bagi mengelak penyebaran bakteria serta virus melalui pernafasan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia