Berita Harian

Mula ‘buru’ Pokemon

-

Pengguna di Jepun berpusu-pusu mendapatka­n telefon pintar masing-masing, untuk mula memburu selepas aplikasi permainan Pokemon GO akhirnya dilancarka­n di negara asalnya itu, semalam.

Sebelum ini, Jepun terpaksa menunggu kerana pencipta permainan itu, Niantic dan syarikat pemiliknya, Nintendo berusaha memastikan pangkalan data mampu menampung populariti luar jangkaan Pokemon GO.

Aplikasi itu kali pertama dilancarka­n di Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand pada 6 Julai lalu kini boleh digunakan di 30 negara selepas ia menjadi fenomena global.

Permainan realiti itu mempunyai pemain dalam kejiranan sebenar bagi memburu makhluk menggunaka­n telefon pintar mereka.

Mohon maaf kelewatan

Dalam satu ucapan video kepada peminat Jepun, Ketua Pembanguna­n Game Freak dan Pencipta Bersama permainan itu, Junichi Masuda memohon maaf kepada pengguna kerana terpaksa menunggu lama.

“Mulai hari ini (semalam), kamu boleh keluar dan mencari Pokemon sehingga puas.

“Kami berharap permainan ini membolehka­n orang ramai melihat dunia dengan cara berbeza dan bermakna serta dapat berseronok,” katanya.

Sementara itu, di Jakarta, penjawat awam di Indonesia dilarang bermain Pokemon GO ketika bertugas dalam percubaan melindungi ‘rahsia negara’ sekali gus menunjukka­n negara itu semakin tidak menerima aplikasi terbabit.

Semakin banyak penentanga­n dalam kalangan pihak berkuasa kepada Pokemon GO dengan tentera dan polis melarang anggota mereka menangkap makhluk maya itu ketika bertugas dan istana Presiden Jakarta turut melarang permainan berkenaan dalam kawasannya.

Suarakan kebimbanga­n

Kebanyakan pegawai kanan agensi keselamata­n negara itu menyuaraka­n kebimbanga­n kemampuan teknologi tinggi Pokemon GO mungkin dimanfaatk­an perisik asing untuk memperoleh data sensitif walaupun pakar keselamata­n tidak menjangka wujud risiko daripada permainan itu.

Minggu ini, seorang lelaki Perancis ditahan selepas secara tidak sengaja masuk ke sebuah pangkalan tentera Indonesia ketika sedang memburu Pokemon.

 ?? [FOTO AFP] ?? Pengguna menunjukka­n aplikasi Pokemon GO yang dimuat turun ke dalam telefon pintar selepas dilancarka­n di Jepun, semalam.
[FOTO AFP] Pengguna menunjukka­n aplikasi Pokemon GO yang dimuat turun ke dalam telefon pintar selepas dilancarka­n di Jepun, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia