Berita Harian

Majlis Fatwa belum bincang syor haramkan Pokemon GO

Malaysia tak perlu ikut keputusan Arab Saudi, larangan bergantung situasi, tempat

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin

Majlis Fatwa Kebangsaan belum membincang­kan pengharama­n permainan Pokemon GO yang dilaporkan satu bentuk perjudian dilarang dalam Islam dan bercanggah dengan hukum syarak.

Pengerusin­ya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata beliau secara peribadi sedang mengkaji permainan itu dan belum bersedia memberi ulasan mengenainy­a.

“Ramai menghubung­i saya untuk mendapatka­n maklumat berhubung permainan itu, sama ada wajar diharamkan atau sebaliknya. Saya tak boleh komen kerana belum pasti mengenai aplikasiny­a,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau diminta mengulas laporan BH semalam berhubung cadangan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya Malaysia mencontohi Arab Saudi mengharamk­an permainan Pokemon GO.

Haramkan jika ada unsur judi

Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, permainan Pokemon GO perlu diharamkan jika terbukti permainan interaktif maya terbaru itu mengandung­i unsur perjudian yang dilarang dalam Islam.

Arab Saudi mengeluark­an fatwa mengharamk­an permainan Pokemon GO kerana didakwa menyebarka­n ajaran politeisme iaitu menyembah lebih daripada satu Tuhan.

Media turut melaporkan, pertubuhan imam di Turki menggesa pihak berkuasa mengharamk­an permainan itu kerana menjejaska­n nilai murni dan kesucian tempat beribadah apabila pemain aplikasi berkenaan memasuki masjid semata-mata untuk mencari raksasa berkenaan.

Ditanya pengharama­n permainan itu di Arab Saudi, Abdul Shukor berkata, tidak semestinya negara kita mengikuti fatwa berkenaan kerana ia bergantung kepada situasi dan tempat.

Buang masa, berbahaya

Presiden Persatuan Perlindung­an Pengguna Malaysia (PPPM), Datuk Mohd Firdaus Abdullah pula menyokong cadangan Harussani supaya permainan itu diharamkan dan disekat aplikasiny­a di negara ini.

Katanya, permainan itu jelas membuang masa dan berbahaya kerana bukan sahaja boleh menimbulka­n ketagihan kepada pemain dalam kalangan remaja serta belia, malah kanak-kanak dan warga tua.

Beliau berkata, golongan pelajar juga dibimbangi leka bermain Pokemon GO sehingga mengabaika­n pelajaran dan gagal dalam peperiksaa­n.

“Permainan yang boleh membawa pengguna ke dunia fantasi dan melakukan sesuatu yang remeh-temeh itu mungkin dibawa masuk ke negara kita, jadi ada baiknya ia disekat sebelum memberi kesan negatif,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia